in

Akaun FB Milik Nadir Al-Nuri, Rakyat M’sia Tunggal Di Gaza Disekat Sebab Buat Posting Pasal ‘Anak Gaza Lari Kejar Jenazah Ayah’

Ft 2

“FB saya macam sedang dipantau. Kejap boleh post, kejap tak boleh. Komen pun sama.”

 

Itu posting terbaru yang dimuatnaik rakyat Malaysia tunggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman selepas akaun facebooknya disekat baru-baru ini.

Katanya, akaun FB nya itu disekat selepas membuat hantaran mengenai seorang kanak-kanak Gaza yang lari mengejar jenazah ayahnya.

“Kejadian ini adalah pertama kali, tindakan pertama adalah komen disekat.

“Saya tidak akan putus asa dan akan sentiasa membuat akaun baru jika masih lagi disekat,”

Kini Nadir telah membuat akaun FB baharu dengan nama sama iaitu Nadir Al Nuri.

Pembunuhan paling besar setakat ini berlaku pagi tadi melibatkan 9 orang syuhada', 7 daripada mereka ialah…

Posted by Nadir Al-Nuri on Saturday, May 15, 2021

Penduduk di Nablus berarak menyatakan bantahan terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza dan melaungkan sokongan kepada mujahidin.t.me/nadiralnuri

Posted by Nadir Al-Nuri on Friday, May 14, 2021

Begini si datuk cuba menenangkan anak cucunya dengan membaca doa dan bertakbir ketika rumah berdekatan mereka dibedil…

Posted by Nadir Al-Nuri on Friday, May 14, 2021

Untuk makluman Nadir merupakan rakyat Malaysia yang lantang dan rajin memuatnaik perkembangan di Palestin dan situasi kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat di negara itu.

Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahtaraan rakyat Palestin #PrayForPalestin

 

Sumber : Harian Metro, Nadir Al-Nuri

 

Baca : Kita bertuah ada rumah, boleh sambut raya; 20 Maut Serangan Udara Israel, Netizen Simpati Nasib Palestin

Baca