in

“Lainkali kalau nampak beruk duk wheelie, langgar je”- Dua Kereta Kemalangan, Semata-mata Nak Elak Mat Rempit Jatuh

Featured 32
Lobak Merah
Lobak Merah
"Lainkali kalau nampak beruk duk wheelie, langgar je"- Dua Kereta Kemalangan, Semata-mata Nak Elak Mat Rempit Jatuh
Loading
/

Lain orang yang salah, lain orang yang jadi mangsa!

Itu gambaran tepat bagi menjelaskan situasi yang berlaku di Guar Chempedak menghala Yan, Kedah pada lewat petang Jumaat lepas.

Dalam kejadian tersebut sebuah kereta jenis pacuan empat roda dilaporkan terbabas sebelum melanggar sebuah kereta lain di laluan bertentangan.

64975512 1266585450185829 5205691956948107264 N
Triton terbalik selepas cuba mengelak dari melanggar penunggang motosikal
64836114 1266587073519000 2576717001615474688 N
Keadaan nissan almera selepas kejadian tersebut

Namun yang menjadi isunya disini ialah, kereta pacuan empat roda tersebut terbabas disebabkan mahu mengelak dari melanggar seorang penunggang motosikal yang dipercayai terjatuh di tengah jalan.

Kejadian ini dilaporkan sudah viral di media sosial selepas satu rakaman dashcam Nissan Almera berjaya merekodkan aksi penunggang terbabit sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Dalam video berdurasi 53 saat tersebut memperlihatkan penunggang motosikal itu ada membuat aksi ‘wheelie’ beberapa kali di tengah-tengah jalan.

Namun, malang sekali apabila ketika penunggang tersebut ingin membuat aksi berbahaya itu sekali lagi, dia terjatuh ke laluan bertentangan sebelum pemandu Triton kelihatan cuba mengelak daripada melanggar penunggang motor terbabit, sekaligus menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan.

64780888 1266587100185664 7693079170724659200 N
Keadaan motosikal selepas kemalangan tersebut
64884731 1266587130185661 7895314070998351872 N
Gambar penunggang motosikal yang mula viral di media sosial

Triton itu kemudiannya dilihat melanggar bahagian kanan Almera tersebut sebelum terbalik.

Bagaimanapun sehingga kini tidak diketahui keadaan pemandu bagi kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Namun gambar penunggang motor tersebut menjadi viral di media sosial sekaligus mendapat kecaman netizen.

 

Baca : “Dah lah tak hensem, bodo pulak tu” -Budak ‘Rempit’ Hancur Rosakkan Makanan Family Mart Dikecam Netizen Lepastu…

Family Mart