in

“Lain kali jangan post” – Wanita Ini Kantoi Kahwin Lain Lepas Suami Terjumpa Video ‘Wedding’ Di Socmed

Lain Kali Jangan Post Wanita Ini Kantoi Kahwin Lain Lepas Suami Terjumpa Video Wedding Di Socmed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati individu mana yang tak luluh lepas dapat tahu pasangan yang sudah dinikahi berkahwin dengan orang lain.


Lebih menyedihkan apabila berita pernikahan itu diketahui melalui media sosial

Gettyimages 619366746 Ii 1566316487 E1622262037500
Gambar hiasan

Itulah apa yang berlaku pada seorang lelaki dari Mongolia, China yang berjaya membongkar kisah kecurangan isteri yang baru dinikahinya selepas terjumpa satu video perkahwinan di laman sosial.

Difahamkan, lelaki itu perasan yang wajah wanita dalam rakaman terbabit sangat mirip isterinya. Oleh kerana mahukan kepastian, lelaki terbabit telah bergegas ke lokasi perkahwinan dan terkejut apabila mendapati memang benar isterinya adalah wanita dalam rakaman berkenaan, lapor The Star.

Guna alasan rindu keluarga untuk balik kampung

Matchmaking Industry E1622262272996
Gambar hiasan

Menurut The Star lagi, sebelum ini, lelaki berusia 35 tahun itu meminta bantuan seorang pencari jodoh di daerah Gansu untuk membantunya mencari bakal isteri.

Selepas berkenalan selama satu bulan, si pencari jodoh dan wanita terbabit dilaporkan meminta mas kahwin berjumlah 148,000 yuan (RM95,800) sebelum majlis perkahwinan dijalankan.

Pun begitu, lelaki itu mula pelik kerana mereka tidak menerima sebarang sijil yang mengesahkan perkahwinan mereka kerana difahamkan terdapat masalah dengan pendaftaran wanita terbabit.

Selain itu, si isteri juga telah memberi alasan mahu pulang ke kampung susulan merindui keluarganya.

Handcuff Detained Before Trial 1048X675 1 E1622262402741
Gambar hiasan

Selepas mengesahkan perkahwinan isterinya, lelaki terbabit melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa tempatan. Lima individu termasuk si pencari jodoh ditahan dan mengaku telah melakukan penipuan perkahwinan yang turut membabitkan 19 individu lain.

Sumber: The Star

Baca: “Dah macam movie pulak” – Lelaki Ini Rela Bantu Isteri Untuk Nikahi Kekasih Lepas Susah ‘Move On’

Dah Macam Movie Pulak Lelaki Ini Rela Bantu Isteri Untuk Nikahi Kekasih Lepas Susah Move On E1622259846170

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.