in

“Dah macam movie pulak” – Lelaki Ini Rela Bantu Isteri Untuk Nikahi Kekasih Lepas Susah ‘Move On’

Dah Macam Movie Pulak Lelaki Ini Rela Bantu Isteri Untuk Nikahi Kekasih Lepas Susah Move On E1622259846170

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tengok tak filem Bollywood bertajuk Hum Dil De Chuke Sanam yang dibintangi barisan pelakon seperti Aishwarya Rai dan Salman Khan?


Hum Dil De Chuke Sanam Movie Poster Salman Khan Ajay Devgan And Aishwarya Rai Full Hd Wallpaper E1619843958807

Buat korang yang tak familiar, movie yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1999 ini mengisahkan tentang Vanraj lakonan Ajay Devgn yang sanggup membantu isterinya, Nandini (Aishwarya Rai) untuk bersama cinta hatinya, Sameer lakonan Salman Khan.

Idea disebalik movie ini memang menarik untuk dijadikan sebuah filem tapi korang tahu tak, ada kisah yang lebih kurang sama seperti filem ini terjadi di dunia nyata?

Kekasih kadangkala datang ke rumah

Lapor Oddity Central, Uttam Mandal rela memberi ruang dan membantu isterinya, Sapna Kumari untuk bernikah dengan lelaki yang dicintainya. Lebih mengejutkan, lelaki yang dicintai Sapna adalah saudara-mara Uttam sendiri.

Weddings Covid 759 E1619844224533
Gambar hiasan

Uttam Mandal dan Sapna Kumari masing-masing berasal dari Bhagalpur, India. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pasangan suami isteri ini bagaimanapun dilaporkan hidup bahagia sehinggalah Sapna mula jatuh hati pada saudara suaminya, Raju Kumar yang lebih muda. Dikhabarkan, lelaki itu kadangkala datang melawat ke rumahnya dan mereka mula menjalinkan hubungan sulit.

Rela beri laluan lepas isteri susah nak ‘move on’

Difahamkan, selepas Uttam mengetahui mengenai hubungan sulit di antara isteri dan saudaranya, dia berang dan pasangan itu sering bergaduh. Namun begitu, Uttam akhirnya memilih untuk memberi laluan dan membantu isterinya bernikah dengan kekasih hati selepas dia melihat wanita itu sukar untuk melupakan Raju Kumar.

“Saya marah dan sedih tapi saya memilih untuk melakukan perkara ini kerana jika tidak, hidup tiga orang akan musnah. Kini, kami semua boleh hidup bahagia,” kata Uttam.

Sementara itu, keluarga Uttam dan Sapna cuba untuk memujuk wanita itu supaya tidak meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan Raju. Walau bagaimanapun, usaha itu gagal.

Lovers2 E1619844296876

Sapna dan Raju Kumar berkahwin di sebuah kuil Durga di Sutanganj, Bihar. Dikhabarkan, majlis itu dirancang oleh Uttam. Malah, lelaki itu turut menyakinkan keluarganya dan keluarga Sapna untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan dua orang anak hasil perkahwinan Utam dan Sapna akan tinggal bersama bapa mereka selepas Sapna dikatakan tidak mahu membawa mereka bersama.

Sumber: Oddity Central

Baca: Lelaki Redha Kahwinkan Isteri Yang Masih Angau Dengan Kekasih Lama

Page Wife3 E1619842558162

Sumber: Meinstyn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.