Umum sedia maklum yang pekerjaan sebagai penghantar makanan atau food rider bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Walaupun mereka dikatakan boleh mendapat untung yang lumayan, mereka terpaksa berpanas, berhujan dan terdedah kepada risiko. Itu belum termasuk kena melayan kerenah pelanggan bermacam ragam.
Customer salah letak pin location, telefon pula tak berjawab
Baru-baru ini, situasi yang sama turut terjadi kepada seorang penghantar makanan ini apabila pelanggan yang telah memesan makanannya salah meletakkan pin lokasi. Lebih mengecewakan lagi, usaha lelaki tersebut untuk menghubungi pelanggannya menemui jalan buntu bila individu berkenaan tak angkat panggilan.
Abang rider bengang, tendang pintu lepas berjaya hantar pesanan makanan
Ketika berhasil dihubungi, rider itu akhirnya berjaya juga menghantar pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, dia jelas rasa cukup bengang dengan kejadiaan berkenaan. Meskipun customer sudah meminta maaf dan tawarkan ‘tips’, penghantar makanan berkenaan tetap naik angin lalu menghayunkan tendangan ke arah pintu.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh pelanggan ini sendiri iaitu @uciluna_, dia memaklumkan yang rider tersebut tak bagi kerjasama serta sanggup tendang barang-barang yang ada dekat luar pejabatnya.
@_x.qpolloz.x3.9zm Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak meletakkan kesalahan 100 peratus kepada food rider tersebut. Tambah netizen, kesalahan meletakkan pin memang akan sukarkan lagi tugas mereka. Tak lupa juga ramai yang menasihati pelanggan ini supaya tidak cuai dan memahami situasi rider yang penat mencari rezeki.
Apa yang dapat kita belajar dekat sini, kalau kita mudahkan kerja orang, orang akan mudahkan kerja kita! Jadi, tiada la isu gaduh yang akan timbul!
Baca: “[VIDEO] Bengang Kena Hon, Rider ‘Lepak’ Tepi Highway Nak Hempuk Pemandu Kereta Dengan Helmet”