in

[VIDEO] Bengang Kena Hon, Rider ‘Lepak’ Tepi Highway Nak Hempuk Pemandu Kereta Dengan Helmet

collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang tu, bila kita lalu dekat tempat yang lawa memang tergerak hati nak berhenti dan ambil gambar untuk dijadikan memori kan?

Macam baru-baru ni, seorang netizen telah memuat naik video yang dirakam dari dashcam ke Facebook menunjukkan insiden yang berlaku di Lebuhraya Temiang-Pantai di Negeri Sembilan yang turut dikenali sebagai ‘Jalan New Zealand’ ekoran pemandangan yang cantik.


Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat sekumpulan bikers telah berkumpul di tepi lebuhraya tersebut dan salah seorang dari mereka dilihat berdiri melepasi bahu jalan sehingga pemandu kereta ini membuat keputusan untuk membunyikan hon sebagai amaran bahaya.

Namun begitu, tindakan lelaki tersebut telah mengejutkan rata-rata netizen yang melihat video ini apabila dia bertindak menghayun topi keledar yang dipegangnya gara-gara bengang ‘ditegur’.

Nak lepak2 ambik gambar xkesah tp jaga la had tu..ni bukan taman rekreasi atau open house makcik kau..org horn tu bagi kau peringatan..kau nak marah smpai nak hempuk kete org psl ape..”

https://www.facebook.com/1175026639/videos/pcb.1384349648742895/1384116788726774

Video yang telah meraih perhatian netizen ini telah mengundang kemarahan ramai. Rata-ratanya meluahkan rasa tak puas hati dorang dengan tindakan rider tersebut yang dianggap kurang ajar walaupun ternyata dia bersalah.

Screenshot 2022 05 30 at 3.06.52 PM down

Manakala sebelum ini, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menasihati pengguna jalan raya untuk tidak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan lebuhraya ini bagi tujuan bergambar dan berkumpul.

Tindakan pemandu itu membahayakan keselamatan orang ramai dan tidak munasabah kerana ia boleh memberikan satu persepsi bahawa tempat itu adalah tempat pelancongan sedangkan kawasan terbabit adalah lebuh raya, perlu diingat jalan raya ini digunakan untuk kenderaan dan jentera bergerak.”

Ini kerana, pemandu yang memberhentikan kenderaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan boleh disiasat mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Ish dah lah salah, nak pukul orang pulak. Kena masuk penjara sia-sia je.

 

Baca: “Viral sikit nak serbu lepastu…” – Lebuhraya Bukit Kukus Dicemari Sampah Gara-gara Ramai ‘Berpiknik’

collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.