in

Lahir 1 Januari Kena Daftar Sekolah Setahun Awal? Rupanya Ramai Tak Tahu, Terkejut Tiba-tiba Anak ‘Lompat Darjah’

Lahir 1 Januari Kena Lompat Setahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak nak mula masuk alam persekolahan kan? Itu menandakan permulaan kepada seorang anak untuk berdikari bila bersendirian di sekolah dan mula menimba ilmu pengetahuan.


Tapi hati-hati ya kalau korang ada anak yang dilahirkan pada tarikh 1 Januari sebab…

 

Lahir 1 Januari, kena lompat setahun

Menurut perkongsian @penceritatv di TikTok, anak-anak yang lahir pada tanggal 1 Januari ini terikat dengan satu sistem dinamakan kohort yang mana mereka harus masuk sekolah setahun awal dari kanak-kanak yang lahir pada tahun sama dengan mereka.

Memang kedengaran pelik sedikit tetapi menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sistem kohort ini telah diwujudkan sejak tahun 1998 lagi dan digunapakai dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Daftar Anak Masuk Darjah 1 1200X675 1

Sebagai contoh, kalau anak korang umur 6 tahun dan lahir pada 2021, tapi dia lahir pada 1 Januari. Maknanya anak korang dah kena masuk daftar masuk darjah 1 dan bukan prasekolah.

Tetapi bagi anak-anak yang lahir dari 2 hingga 15 Januari, mereka juga boleh memohon untuk ‘lompat’ setahun cumanya mereka ini ‘special’ sikit sebab boleh pilih sama ada nak ‘lompat’ ataupun nak masuk sekolah sama dengan budak-budak seusia mereka.

Uish macam tu ye… 

 

Tak ramai ibu bapa dan guru tahu sistem ‘kohort’ 

Menerusi video TikTok tersebut juga, @penceritatv memberitahu yang tak ramai sebenarnya ibu bapa mahupun guru sendiri tahu mengenai sistem ini.

Situasi ini juga pernah berlaku kepada anaknya sendiri yang ingin mendaftar UPSR namun baru cikgu perasan yang pelajar tersebut rupanya lahir pada 1 Januari.

Dengan serta merta, anaknya tiba-tiba dinaikkan ke tingkatan satu. Alamak! Nah tonton video kat bawah ni untuk penjelasan lebih lanjut. 

@penceritatv

Naya lahir 1 Januari #pencerita #morethan60s #tiktokguru #kohort

♬ original sound – Azrul Affandi Sobry – Azrul Affandi Sobry

 

“Saya pun tertanya-tanya kenapalah dorang buat sistem ini” 

Melihat ke ruangan komen, ramai di kalangan netizen yang masih tidak mengetahui rupa-rupanya wujud sistem ini di Malaysia.

Namun ramai juga di antara netizen berkongsi kisah pernah ‘dinaikkan’ darjah gara-gara ibu bapa tidak mengetahui kewujudan sistem kohort ini.

Lalu timbul persoalan dalam kalangan netizen, mengapa sistem tersebut masih dipraktikkan KPM kerana ia dirasakan agak membebankan dan memberi kesan trauma kepada pelajar.

Sistem Kohort Lompat Darjah

Korang kalau anak lahir 1 Januari tu alert ye.. Kena daftar pra sekolah awal setahun. Kesian kalau budak-budak tu tak tahu apa-apa tetiba je kena naik darjah lain. 

Baca: Cikgu Dipuji Guna Duit Sendiri Pasang Tinted Pada Tingkap Kelas Sempena Pelajar Kembali Ke Sekolah

Panas

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.