in

Cikgu Dipuji Guna Duit Sendiri Pasang Tinted Pada Tingkap Kelas Sempena Pelajar Kembali Ke Sekolah

Cikgu Rajin Pasang Tinted Cermin Tingkap Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 6 bulan ditutup, sekolah akhirnya dibuka semula kepada pelajar pada minggu lepas dengan SOP yang ketat.


Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dan guru adalah setiap kelas tidak dibenarkan menggunakan langsir yang dibimbangi menjadi punca penyebaran wabak COVID 19.

 

“Kesian nanti murid panas”

Disebabkan hal tersebut, seorang guru baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen apabila dia sanggup mengeluarkan wangnya sendiri membeli tinted untuk dipasang ke setiap cermin tingkap di dalam kelas. Wahh! 

Menerusi perkongsian @iam_hafizihamizi di TikTok, dia pada awalnya dilihat sedang membuat persiapan untuk pembukaan sekolah dengan membersihkan meja serta kerusi pelajarnya dan membuat tag untuk dilekatkan pada setiap meja.

Cikgu Rajin

Demi mematuhi arahan SOP yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), guru ini juga telah membuka langsir yang dipasang di dalam kelas tersebut. Pun begitu, dia agak risau jika pelajarnya merasa panas jika meja mereka bersebelahan dengan tingkap.

Cikgu ini kemudian mengambil inisiatif sendiri dengan membeli pelekat ‘tinted’ yang kemudian dipasangkan pada setiap cermin tingkap di dalam kelas itu. Rajinnya! 

@iam_hafizihamizi

Sekolah nak buka ape cikgu buat.? Buat tag meja, cuci meja n kerusi, buka lgsir, pasang tinted etc #fyp #cikgu #sekolah #pdpr

♬ ONLY – LeeHi

 

“Korbankan tenaga duit gaji untuk anak murid” 

Rata-rata netizen kagum dengan kerajinan dan sikap prihatin guru tersebut terhadap anak muridnya sehingga sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membuatkan pelajar berasa selesa di dalam kelas.

Malah usaha guru ini juga mendapat pujian daripada bekas menteri KPM, Dr Maszlee Malik di TikTok.

Cikgu Rajin Dipuji Dr Maszlee

Salute buat guru yang sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit demi kebaikan pelajar yang disayangi. Pelajar kat luar sana jangan sia-siakan ye pengorbanan guru kita ni. 

Baca: Budak Di Indonesia Viral Lepas Guna Kotak Styrofoam Rentas Sungai Untuk Ke Sekolah

Strofoam

Sumber: Twitter
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.