“Lagu Bobo versi ni lagi best!” – Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lagu Bobo Di Mana nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna memang mendapat perhatian ramai sejak dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, ramai antara mereka yang kurang senang dengan lirik MV yang dikatakan berunsur lucah.

Sumber: Blog

Baru-baru ni, Pencetus Ummah (PU) Azman turut sama terkena demam lagu Bobo Di Mana dan siap buat cover lagi! Fuyooo!

Sumber: Instagram

Tapi pastinya versi PU Azman mendapat perhatian dan sambutan yang positif sebab lirik lagunya telah diubah dan mesejnya adalah berkenaan peringatan untuk umat Islam tentang ibadah solat.

PU Azman menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik rakaman video menyanyikan lagu tersebut yang diberi nama “Bobo Di Mana Versi Muhasabah”.

Rata-rata pengikutnya suka dengan lagu tersebut kerana versi yang diubah seperti lagu nasyid tu memberi keinsafan. Malah, menurut Astro Awani, Aliff Syukri jugak tampil memberikan komen ke atas video nyanyian tersebut.

“Terbaik ustaz.”

Nanyian penuh PU Azman ni dah pun diupload ke YouTube untuk didengari semua. Rata-rata memberikan pujian dan mengucapkan terima kasih sebab sebarkan dakwah dengan cara macam ni.

Sumber: YouTube

Haaa.. Ramai yang dah suka dengan versi PU Azman. Korang macam mana? Apa pendapat korang dengan Bobo Di Mana versi yang ni?

Baca: “Lalu tepi Sekolah Agama, tengok budak syok joget Bobo Di Mana”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.