in

“Lalu tepi Sekolah Agama, tengok budak syok joget Bobo Di Mana”

Sek

Nampaknya masih tak surut lagi kontroversi lagu Bobo Di Mana nyanyian Datuk Aliff, Lucinta Luna dan Sajat. Lepas lagu ni dikatakan ada unsur soft porn dan pastu pulak penyanyi asal lagu ni condemn Lucinta Luna curi lagunya, ni datang pulak lagi satu isu.

Lirik Lagu Bobo Dimana Aliff Syukri Nur Sajat Dan Lucinta Luna 1
sumber: blog

Menerusi perkongsian di Instagram PU Amin, pendakwah bebas tu dikatakan terkejut dan terkilan bila lihat budak-budak muda terutamanya kat sekolah agama berjoget bila dengar lagu Bobo Di Mana ni. 

PU Amin jugak claim dia nampak perkara ni berlaku di depan mata. Betul ke tu?

“Teruskan berhibur, teruskan berparodi, teruskan bergelak tawa. Sedikit demi sedikit umat Islam dirosakkan bermula generasi kecil belum baligh sehingga cerdik pandai. 

“Ya itu hiburan. Ya itu mainan. Kalau mahu umat ini jadi songsang dan sesat nantikan AZAB dari Allah. 

“Ya Rasulullah ! Kami tidak sanggup melihat Dajjal menang di akhir zaman ini,” kata PU Amin di kapsyen.

Posting ni dapat komen daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan PU Amin. Mereka jugak takut apa akan jadi dengan anak zaman sekarang, asyik leka dengan benda melalaikan je.

Bobosss
sumber: instagram

Diharapkan penyanyi zaman sekarang hentikanlah buat lagu-lagu mengarut macam ni. Tak mendatangkan faedah kepada anak muda. 

Nota: Gambar atas sebelah kiri sekadar hiasan

Baca: MV Lirik Bobo Di Mana Dah Keluar. Penuh Dengan Aksi Lucah!

Datuk