in

“Lagi-lagi kes scammer” – Peniaga Wanita Kerugian RM62 Ribu Ditipu Individu Dalam ‘Game Online’

Scam4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai cara scammers sekarang mahu tipu duit orang ya. Dari panggilan telefon, perniagaan online, permainan online pun boleh.


Ramai yang sudah terkena. Kebelakangan ni, hari-hari ada saja berita individu kerugian kena scam. Semoga lebih berhati-hati.

Terbaru, seorang peniaga barangan kecantikan dalam talian mengalami kerugian sebanyak RM62,340 akibat ditipu berhubung permainan dalam talian (online game) sejak 16 Oktober lalu. – Lapor Sinar Harian

 

Tawarkan pulangan berganda dalam tempoh singkat

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, peniaga wanita berusia 42 tahun itu dikatakan tertarik dengan tawaran pulangan berganda dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang berasal dari Sungai Dua dikatakan telah melayari aplikasi Rela dan berkenalan dengan seorang wanita. Wanita itu menganjurkan permainan dalam talian serta menjanjikan pulangan keuntungan dalam tempoh singkat.

Scam6

“Mangsa telah berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan bertindak memujuk mangsa untuk menambah wang permainan secara berperingkat agar keuntungan yang bakal diterima bertambah.”

 

RM6,820 berjaya mengaburi mata mangsa

Beliau berkata, mangsa diumpan dengan keuntungan awal berjumlah RM6,820 menyebabkannya menuruti semua arahan suspek.

Tanpa berfikir panjang, mangsa membuat 10 transaksi ke tujuh akaun bank yang diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM62,340.”

 

Gagal dihubungi

“Bagaimanapun, mangsa akhirnya berasa ditipu setelah gagal menghubungi suspek selepas memindahkan wang seperti diarahkan suspek. Mangsa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pendapat min la, dengar je pulangan besar dalam tempoh singkat memang cop scam terus…

 

Baca : “Dah bayar deposit, waktu delivery banyak alasan” – Kontraktor Rugi RM14 Ribu, Beli Ford Ranger Di Facebook

Scam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.