Zaman sekarang ni, orang yang paling berhati-hati pun ada kemungkinan untuk kena scam. Bukan tu je, kadang-kadang tu hampir setiap hari dapat panggilan telefon dari nombor tak dikenali atau orang yang menyamar dari pihak berkuasa atau syarikat-syarikat tertentu.
Kadang-kadang benda macam ni buat korang tertanya-tanya, mana dorang dapat maklumat. Ditambah lagi dengan kemajuan internet, jenayah siber dan scammer makin handal buat taktik untuk ambil kesempatan terhadap orang yang kurang berpengetahuan.
Jadi pada artikel kali ini, kita akan tengok beberapa scam online yang biasa digunakan untuk memperdayakan orang. Dari teknik phishing yang menyamar untuk menjadi organisasi yang dipercayai atau teknik scam lama yang dipanggil sebagai Nigerian prince yang beberapa kali meracun mangsa dengan skim cepat kaya. Jom baca!
1. Scam kuiz
Korang mesti pernah nampak kuiz-kuiz di media sosial macam IQ test, watak Disney princess apa yang paling sesuai dengan personaliti korang dah macam-macam lagilah. Kalau korang jenis yang suka jawab kuiz-kuiz online ni, korang ada kemungkinan untuk menjadi mangsa penipuan identiti tau!
Ini kerana, ada scammers yang menggunakan kuiz ini untuk mendapatkan maklumat peribadi korang. Jadi kalau boleh, korang elaklah dari kongsi maklumat peribadi ketika menjawab kuiz online, lebih-lebih lagi bila korang diminta untuk kongsi maklumat yang sensitif.
2. Phishing
Korang perlu berhati-hati dengan emel palsu yang diberikan oleh bank atau tempat lain yang meminta maklumat peribadi seperti kata laluan atau maklumat kad kredit. Ini kerana, ada beberapa scammer yang akan menyamar menjadi sesebuah syarikat seperti Netflix dan cuba untuk mencuri data peribadi.
Untuk kekal selamat, pastikan korang periksa emel yang korang terima dan pastikan ia memang dari emel sebenar syarikat-syarikat tertentu dan jangan klik apa-apa yang sus!
3. Penipuan yuran pendahuluan
Di internet, korang akan tiba-tiba dapat notifikasi yang mengatakan korang menang sesuatu atau bakal mendapat ganjaran yang besar namun perlu membuat bayaran pendahuluan untuk menebusnya.
Malangnya, selepas bayaran dibuat, biasanya ganjaran tersebut tak diterima. Jadi korang kena berhati-hati dengan apa-apa offer yang meminta bayaran pendahuluan kerana organisasi yang betul-betul sahih biasanya tak akan minta bayaran untuk korang dapatkan ganjaran.
4. Scam Nigerian prince
Scam Nigerian prince ini merupakan versi bayaran pendahuluan yang paling dikenali. Melalui emel, seseorang akan mengaku bahawa mereka berasal dari keturunan diraja atau apa-apa pegawai berpangkat tinggi yang meminta bantuan untuk menghantar sejumlah wang yang besar. Apabila mangsa diminta untuk memberikan maklumat bank, segala wang di dalam bank akan lesap begitu sahaja.
5. Penipuan online shopping
Ada beberapa scammer yang akan menyamar dengan membuat website menjual beberapa produk berjenama dengan harga yang lebih murah dari harga sebenar. Ramai yang tertipu dengan perkara ini dan membuat pembayaran tapi barang yang dibeli tak pernah sampai ke rumah.
Untuk elak dari ditipu seperti ini, korang perlu membuat research sesuatu laman web sebelum membuat pembelian. Pastikan korang semak review dan pastikan laman web tersebut menggunakan “https://” dan ada lambang kunci.
Sumber: Stars Insider