in

Termakan Janji Manis Gaji Lumayan Kerja Oversea, Lelaki Dikurung Sindiket Online Lebih Setahun

Diculik Sindikit Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, sekeping gambar boleh menggambarkan seribu perkataan namun dalam situasi seorang lelaki berusia 32 tahun dari Ipoh ini, perkongsian gambarnya dikatakan telah menyelamatkan nyawanya.


Lee Kar Meng telah berkongsikan sebuah foto sebuah hostel di Kemboja kepada bapanya dan ini telah membuatkan dia ‘dibebaskan’ oleh sindiket penipuan online yang telah mengurungnya di negara tersebut sejak Januari tahun lalu.

Menceritakan ‘memori’ tersebut di sidang media, foto kirimannya tersebut kemudiannya telah disebarkan secara ‘tak sengaja’ semasa sidang media yang dilakukan oleh keluarganya dan keluarga warganegara Malaysia yang lain pada bulan Mei lalu.

1860427

Menurut Lee lagi, dirinya dan beberapa orang lagi telah dibebaskan dari ‘kurungan’ di hostel tersebut oleh sindiket selepas gambar hostel yang menempatkan dirinya dan lain-lain didedahkan pada sidang media.

Tambahnya, setibanya di Kemboja sejak Januari tahun lalu, dia telah ditempatkan di sebuah hostel di negara berkenaan dan semuanya bermula apabila seorang kenalan mengatakan bahawa dia boleh menerima gaji yang lumayan sekiranya bekerja di negara tersebut dalam sektor perjudian.

“Saya tak ada passport, tapi agen yang merekrut saya jelaskan bahawa saya masih boleh teruskan perjalanan”

Lee menceritakan bagaimana dia boleh lolos ke negara berkenaan walaupun tiada dokumen perjalanan yang sah selain berjaya merentasi sempadan beberapa buah negara melalui jalan darat menggunakan beberapa kenderaan yang berlainan.

1860428

Setibanya di Cambodia, barulah dia sedar yang pekerjaan yang ditawarkan kepadanya adalah untuk melakukan penipuan secara online dan hanya menerima bayaran 600 USD (RM2,675) daripada syarikat pertama dan langsung tidak menerima apa-apa bayaran lagi selepas itu.

Menurutnya lagi, selepas itu dia telah ‘dijual’ ke 6 syarikat lain kerana tidak mahu meneruskan kegiatan tersebut.

Menceritakan lebih lanjut keadaaan disana, dia mendedahkan yang dia ditempatkan dalam sebuah bilik bersama 6 orang lain yang bukan dari Malaysia dan mereka semua bebas kemana-mana sahaja sedangkan Lee dikurung di dalam bilik hostel berkenaan.

Screenshot 2

Ketika dilepaskan, Lee berjalan selama 30 minit untuk ke balai polis berdekatan dan telah ditahan selama 3 hari di sana. Lee kemudiannya telah dihantar ke pusat tahanan imigresen pada 31 Julai sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada 1 Ogos baru-baru ini.

Dalam sidang media yang sama, Lee turut mendedahkan yang dia risau akan nyawanya kerana tidak mahu meneruskan pekerjaan tersebut selain khuatir bahawa organnya akan dijual sindiket tebabit.

Lee juga sempat berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak termakan dengan janji-janji manis yang ditawarkan oleh mana-mana pihak yang menjanjikan pendapatan lumayan di luar negara.

Baca : 33 Tahun Terpisah Akibat Diculik, Lelaki Pulang Ke Pangkuan Ibu Lepas Lukis Peta Kampung Sendiri

4 4

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.