in

KWSP Umum Dividen Pencarum 2023, Meningkat Kepada 5.50%

1Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar peratus dividen bagi pencarum tahun 2023 dalam satu majlis di Shah Alam.


Screenshot 2024 03 03 At 12.08.31 Pm

Kadar dividen itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulkarnain Onn dimana kadar dividen 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah.

Memetik laporan Harian Metro, kadar dividen yang diumumkan itu adalah lebih tinggi berbading tahun 2022 dimana 5.35 peratus dividen bagi Konvensional dan 4.75 peratus dividen bagi Shariah.

Screenshot 2024 03 03 At 12.08.01 Pm

Pihak KWSP akan membayar jumlah keseluruhan dividen sebanyak RM57.8 bilion kepada semua pencarum hasil daripada pelaburan kasar yang dicatatkan setakat 31 Disember 2023 iaitu sebanyak 66.99 bilion.

 

Baca: Hampir 98 Peratus Syarikat Produksi Tak Carum KWSP Buat Pelakon Muda & Kanak-Kanak

Screenshot 2024 03 03 At 12.08.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.