Ramai tidak dapat membayangkan perasaan yang dirasai Bunga Citra Lestrari dan anaknya, Noah selepas kehilangan suami serta bapa tersayang semalam.
Ashraf Sinclair disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi semalam dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di San Diego Hills, Karawang, Jawa.
Sedih lihat Bunga & Noah
Ramai netizen menzahirkan rasa sedih dan akui turut menangis apabila melihat keadaan dan wajah Bunga serta Noah yang masih terkejut dengan pemergian Ashraf.
Suasana upacara pengebumian Ashraf mendapat liputan meluas dan melalui media sosial ramai yang berduka cita dengan berita pemergiannya.
https://twitter.com/rsecults/status/1229760176908955651
“Kuat ya mama” – Noah
Noah dilihat lebih banyak mendiamkan diri sepanjang hari namun ketika melihat bapanya dikebumikan dia tidak dapat menahan sedih dan menangis teresak-esak di sisi Bunga.
Ngeliat BCL sama Noah nangis gw ikutan nangis dan nyesek #RIPAshrafSinclair #BCL pic.twitter.com/paBtkmGZQH
— ₕₐₗᵤₗᵤyₑₐₕ (@miyaa_kooo) February 18, 2020
Seperti yang kita lihat, Bunga menahan daripada menangis dan terus tabah di depan Noah. Namun, ternyata mereka berdua saling kuat untuk satu sama lain dan Noah sendiri sempat menenangkan Bunga semalam,
Menurut rakan artis, Titi Kamal menceritakan bagaimana dia melihat ketabahan seorang anak yang cuba kuat untuk ibunya.
Noah sih dewasa banget. Katanya, ‘yang sabar mama’, gitu.”
Dia bilang, ‘Ya kita enggak pernah tahu apa yang terjadi’.”
Ashraf dan Bunga disatukan pada tanggal 8 November 2008 dan dikurniakan anak lelaki pada 22 September 2010 diberi nama Noah Aidan Sinclair.
Al Fatihah, doakan yang baik-baik untuk arwah serta keluarga…
Baca: “Aku tengok pun patah hati” – [Video] BCL Menangis Sebelum Tinggalkan Suami Buat Kali Terakhir