in ,

“Kuarantin kat penjara terus”- Peguam Ini Dedahkan Korang Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Walaupun pihak berkuasa menasihatkan orang awam yang baru pulang dari luar negara untuk mengkuarantinkan diri mereka sebab takut Covid-19, namun masih ada lagi yang degil dan keluar rumah sesuka hati. Dorang ni memang tak kisah pasal kesihatan ke?

Namun, perkara ni tak boleh dibuat main sebab sebenarnya korang yang melanggar perintah kuarantin ketika masalah Covid-19 boleh dipenjara, lapor Sinar Harian. Ha, padan muka. 

Menurut peguam, Syazlin Mansor, di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), korang yang terlibat boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda.

Namun, kalau kesalahan yang dilakukan itu merupakan kesalahan kali kedua, individu yang melanggar perintah kuarantin boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda.

Selain itu, korang juga boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan jika kesalahan yang dilakukan itu berterusan. Tak serik-serik ke orang macam ni? 

Rata-rata netizen bersetuju dengan hukuman yang telah ditetapkan. Barulah si pembawa penyakit tu takut sikit kan.

Jadi, kalau doktor suruh kuarantin tu, kuarantin je lah. Nanti tak pasal-pasal sambut raya dalam penjara. Masa tu nasi dah menjadi bubur. 

Baca: “Macam aku pula bawa penyakit” – Baru balik Jepun, Individu ‘Sound’ Kawan Kolot Bila Dinasihati Untuk Kuarantin Diri

 

Sumber: The Star
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook