Pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam usaha untuk menangani wabak Coronavirus di negara ini.
Baru-baru ini, negara kita siap dipuji lagi oleh World Health Organization (WHO) tentang cara kita hadapi wabak ini, lapor Berita Harian. Bukan biasa-biasa ni.
Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak bersyukur yang telah menghentam KKM. Menurut individu tersebut di Twitter, katanya pihak KKM seperti hanya tahu mengumumkan bilangan mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.
Katanya lagi, tindakan ini boleh menyebabkan orang ramai panik. Sampai ke situ pulak fikiran dia ni.
Selain itu, individu tersebut juga mengecam KKM sebab katanya KKM sepatutnya mencipta vaksin dan bukannya suruh orang awam stay at home sahaja.
Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini yang boleh disifatkan seperti tidak peka dan sensitif dengan situasi semasa.
Hargailah jasa petugas KKM ni. Dorang tinggalkan keluarga untuk selamatkan negara daripada Covid-19. Bukannya tugas mudah tu weh.