in

[VIDEO] Gadis Sedih Tak Dapat Hadir Majlis Nikah ‘Bestie’ Sebab Kuarantin, Ramai Sebak, Tengok Apa BFF Dia Buat

Ft Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sahabat, seribu orang kawan belum tentu sama tarafnya dengan seorang sahabat. Setiap orang pasti ada sahabat tak kira la sorang ke atau ramai, betul tak?


Sahabat akan ada dengan kita sewaktu susah dan senang. Bukan senang nak cari sahabat, ibarat mencari mutiara di lautan sebab selalunya kawan akan ada masa kita senang je time susah semua hilang dari radar. Cari dalam map pun hilang, sksksk.

“Wujud lagi ke?”

Begitulah dengan kisah kalini. Dalam perkongsian @nrainelyna, dia telah memuat naik video di Tiktoknya  seorang sahabatnya dengan berpakaian pengantin memberi bungkusan makanan depan pagar rumah dia.

@nrainelyna

Tak dapat tunaikan apa yang dia nak, dapat tengok dia dari jauh je ?? #fypシ #fypplease #mybestie

♬ original sound – ??? ???????? – ??? ????????

Ain Eliyana atau Eliyana telah merakam video tersebut dari dalam rumah sebab dia kena kuarantin akibat Covid-19. Tapi paling menyayat hati netizen, seorang ‘bestie’ nya masih lengkap berpakaian pengantin telah memberi bungkusan makanan pada Eliyana depan pintu pagar rumahnya.

Untuk makluman korang, upacara pernikahan di negeri Fasa 2 dibenarkan di Pejabat Agama dan kehadiran mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Tapi korang jangan triggered pula sebab diaorang ni dekat Pahang.

“Takda rezeki la nampaknya”

Dalam video tersebut ada ayat-ayat yang menyentuh hati daripada Eliyana yang menunjukkan dia sedih kerana dia sudah berjanji untuk datang pada majlis nikah sahabatnya itu tapi dia terpaksa dikuarantinkan akibat covid.

Aku tak mampu nak peluk kau, hanya mampu nangis dari jauh”

Video tersebut telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di akaun Tiktoknya itu menerima banyak respon daripada netizen. Rata-rata netizen kagum dengan hubungan persahabatan mereka kerana sahabatnya sentiasa ada masa susah dan senangnya.

Komen Sahabt

Netizen juga mendoakan agar persahabatan mereka kekal berpanjangan  hingga ke syurga.

Kalau ada sorang sahabat macam ni, min dah tak kisah kalau takda kawan lain.

Baca: “Pengorbanan seorang isteri” – Dulu Teman- Suami Nikahi Madu Kini Teman Pergi Bercerai Pula

Kawen E1629948611372

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.