in

“Kuali pun kau campak” – [VIDEO] Tutorial Masak Paling ‘Brutal’ Abad ini, Ramai Netizen Terhibur

Kimak Ft 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, ramai yang gemar kongsi video bagaimana mereka masak di media sosial sampaikan ada yang dah jadi selebriti media sosial seperti Khairul aming. Yela PKP kan, nak buat apa je dekat rumah.


Tapi apa yang menarik perhatian di media sosial, dalam perkongsian @computer.natalia, dia telah memuat naik video di Tiktoknya yang menunjukkan tutorial masak udang galah paling ganas dan ‘brutal’.

@computer.natalia

tutorial males #fypシ #viral #fyp #sesat #tutorialsesat #males

♬ suara asli – limit company – limit company

“Siapa je yang nak buat”

Kebiasaannya video tutorial memasak di media sosial akan memberi penerangan bahan masakan secara terperinci dengan suara yang jelas dan sopan. Namun video yang berlatarbelakangkan suara lelaki dari Indonesia ini tunjukkan kelainan.

Video tutorial masak udang galah ini sangat ‘luar biasa’. Walaupun suaranya jelas namun cara dia memasak sangat ganas dan tak pernah dibuat orang. Dalam video tersebut, lelaki itu main campak-campak je kuali dan barang masak yang lain dah macam orang hilang akal. Tak sanggup nak tengok.

“Macam tak betul je”

Video yang berdurasi hampir satu minit ini telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di Tiktok. Ramainya yang tengok!

Rata-rata netizen yang menonton video itu terhibur dengan gaya dan cara dia memasak udang galah tersebut. Ramai juga yang beranggapan bahawa ini merupakan salah satu cara bagaimana orang stress memasak. Mana tak nya lepas masak semua barang dia campak.

Antara komen-komen netizen yang min tertarik nak berkongsi:

 

Komen Masak 1

Walaupun dalam video tutorial masak udang galah tersebut kelihatan ganas dan mengarut, tapi hasil masakannya nampak menyelerakan. Min sarankan korang jangan cuba nanti tak cukup barang dapur habis korang kena marah dengan mak.

Semoga mak dia tabah untuk beli kuali dan barang dapur baru lagi.

Baca: Mukbanger Korea Teruja Makan Maggi Kari Dakwa Sedap Tapi Tak Sepedas Ramen Korea

Cover 23 E1630292442581

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.