in

‘Mukbanger’ Korea Teruja Makan Maggi Kari, Dakwa Sedap Tapi Tak Sepedas Ramen Korea

Cover 23 E1630292442581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mi segera bukanlah satu makanan yang asing lagi buat penduduk Malaysia. Malah, mi segera boleh dianggap sebagai makanan ruji buat para pelajar kerana harganya yang murah dan mudah untuk disediakan.

Seorang Youtuber dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Dorothy ada membuat satu video mukbang makan mi segera perisa kari keluaran Maggi.


1 14

Buat anda yang tidak tahu, mukbang adalah satu aktiviti di mana seseorang individu akan makan dalam kuantiti yang banyak di hadapan kamera untuk tujuan hiburan bersama penonton mereka.

Untuk video mukbang Maggi Kari tersebut, Dorothy telah memasak tiga paket mi segera dan menu itu dihidangkan bersama kimchi. Jelas wanita itu, mi segera keluaran Maggi kelihatan sedikit nipis berbanding ramen yang dijual di Korea Selatan.

2 11

3 9

Beliau turut memuji rasa Maggi Kari yang sedap dan menepati seleranya. Bagaimanapun, Dorothy beranggapan rasa pedas Maggi Kari tidak mempunyai tahap kepedasan seperti ramen yang dijual di negaranya.

Jelas Youtuber ini, dia akan membeli Maggi Kari jika makanan ini dijual di negaranya kerana rasa sedap dan unik mi segera itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata komen video ini dibanjiri dengan rakyat Malaysia yang teruja dan bangga apabila Maggi Kari berjaya memikat selera Dorothy.

“Lepas ni kena kurangkan air”

4 4

“Masalah orang Malaysia bila makan Maggi”

5 2

“Letak air pada paras agak-agak”

6 2

 

BACA: “Dah tak boleh tengok” – China Haramkan Penyiaran Video Mukbang Untuk Elak Pembaziran Makanan

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.