in

Kuala Lumpur Tunggu ‘Greenlight’ Dan Kenal Pasti Tempat Untuk Anjur Bazar Ramadan & Bazaria Tahun Ini

Fi Bazar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perbincangan telah dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan Bazaria dan Bazar Ramadan di Kuala Lumpur tahun ini.


Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata persiapan telah dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk anjurkan bazar berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata semua itu dapat direalisasikan jika dapat keputusan muktamad daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Secara umumnya MKN sudah memberi kelonggaran untuk aktiviti ekonomi berjalan dan atas dasar itu kita akan kembalikan Bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.

“Secara prinsipnya kita buat persiapan untuk benarkan (buka bazar), cuma kita tunggu keputusan muktamad dari MKN kerana kini kita masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya sudah ada beberapa pilihan lokasi untuk menganjurkan bazar berkenaan tapi lokasi sebenar masih belum dapat diputuskan lagi.

“Kita kena lihat lokasi tertentu sama ada ia sesuai untuk menjarakkan tempat penjaja serta boleh atau tidak lakukan penjarakan fizikal antara satu sama lain.

“Kalau lokasi itu sempit, bagaimana boleh lakukan penjarakan fizikal. Semua ini kita akan fikir dengan kaedah tertentu,” katanya.

Pematuhan SOP oleh orang ramai sangat dititikberatkan oleh beliau dengan menunjukkan contoh yang baik ketika melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh MKN.

“Sekiranya masyarakat masih melakukan SOP sambil lewa dan sehingga berlaku peningkatan (jumlah kes Covid-19) mungkin kerajaan akan kembali mengambil langkah yang ketat.

“Jika semuanya dalam keadaan baik, tidak mustahil lebih banyak sektor dapat dibuka. Kita mahu kembalikan kehidupan seperti sedia kala.”

 

Baca : Negeri Sembilan Dapat Greenlight Anjurkan Bazar Ramadan Tahun Ini

Foot Bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.