in

Krisis Teluk Hormuz: PETRA Jamin Bekalan Elektrik Negara Terjamin

Ft Petra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengesahkan bahawa sistem bekalan elektrik negara pada masa ini berada dalam keadaan stabil dan terjamin.

Walaupun dunia sedang memerhatikan krisis geopolitik di Asia Barat, terutamanya penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran sejak 2 Mac lalu, Malaysia mempunyai benteng pertahanan tenaga yang kukuh.


Tambah kementerian tersebut, Semenanjung Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada pasaran luar untuk menjana tenaga.

Lm Gambar Hiasan 600 X 400 Px 1

Sekitar 40% hingga 45% bahan api utama untuk loji jana kuasa adalah gas asli yang diperoleh daripada sumber domestik di Kerteh dan kawasan pembangunan bersama Thailand-Malaysia (JDA). Ketersediaan sumber tempatan ini memastikan bekalan gas tetap mencukupi untuk operasi tanpa gangguan.

85% Pengguna Tidak Terjejas

Melalui mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) yang dikemas kini setiap bulan, Kerajaan komited memastikan kebajikan pengguna terpelihara. Fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat adalah:

  • Sekitar 85% pengguna domestik di seluruh negara tidak akan terkesan dengan turun naik harga bahan api antarabangsa.
  • Pengguna dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 600 kWj sebulan dikecualikan sepenuhnya daripada sebarang pelarasan kos bahan api.
  • Kadar AFA juga diunjurkan kekal dalam keadaan rebat sehingga April 2026.

Di samping itu, kerajaan telah menyalurkan bantuan besar berjumlah RM2,506 juta sejak Julai 2025 dalam bentuk subsidi dan rebat bil elektrik.

650131668 18565969420007259 7118192798983532025 N

Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, menegaskan bahawa PETRA sedang meneliti langkah mitigasi tambahan sekiranya krisis di Asia Barat memberi tekanan melampau kepada kos tenaga global pada masa hadapan.

Artikel berkaitan : Ketahui Cara Jana Pendapatan & Jimat Elektrik dengan Skim Solar ATAP Baharu

Artikel berkaitan : Malaysia Lancar Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF)

Sebagai langkah kebersamaan, pengguna digalakkan untuk terus mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dan berhemah. Amalan jimat elektrik bukan sahaja membantu mengurangkan komitmen bil bulanan peribadi, malah menyumbang kepada kelestarian sistem tenaga negara.

Sumber : PETRA

Sumber: PETRA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.