in

‘Kota Cinta Konon…’- Netizen Kongsi Pengalaman Bercuti Di Paris

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah seronok betul admin tengok dekat Facebook, Twitter, Instagram, penuh gambar kawan-kawan yang pergi bercuti di luar negara. Korang pernah pergi bercuti ke Paris tak? Setahu admin, ramai orang kata yang Paris ni terkenal dengan Eiffel Tower yang menjadi lambang cinta kalau dalam romantic movie. Betul ke?


Di Facebook, seorang netizen yang dikenali sebagai Wazli memuat naik status di Facebooknya tentang pengalaman dia dan keluarga bercuti di Paris. Tapi apa yang berlaku dekat sana sebenarnya ?

 

Percutian bertukar nightmare

Bagi Wazli Kota Paris yang terkenal dengan Menara Eiffel Tower yang kononnya lambang cinta dan romantik tu hanyalah mitos semata-mata apabila percutiannya bertukar menjadi ‘nightmare’. Pendapat dia, Paris ni bukan tempat yang selamat dan sangat kotor. Eh yeke? 

48315900 2202443769768538 3814230485572255744 N
Sumber: Facebook

Penuh sampah dan bau hancing

Katanya lagi, Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun dia tak tahu dan mungkin juga lain orang lain seleranya. Bagi dia, pengalaman dia bermusafir di Paris bukan satu yang positif. Lagi-lagi bila dia keluar je dari airport Ch De Gaulle, terus disajikan dengan bau hancing manusia di merata kawasan metro (keretapi). Lepas tu, dihidangkan pula dengan permandangan longgokan sampah sarap di sepanjang perjalanan dia menaiki metro.

Penyeluk saku yang terbaik di dunia

Percutian dia bertambah malang bila dia ‘dicopet’ masa berjalan di Paris. Ternyata khabar angin yang mengatakan penyeluk saku di Kota Paris diiktiraf diantara yang terbaik di dunia! Nasib baik dia sempat insuranskan semua barang yang dia bawa sebelum bercuti ke Paris dan menyarankan agar sesiapa je yang nak bercuti better beli insurans sebagai langkah berjaga-jaga.

Nak buat report polis hanya waktu bekerja

Tapi yang lagi pelik, dia tak nampak seorang polis pun dekat tempat-tempat ‘hot’ yang menjadi tumpuan penjenayah ni. Katanya penyeluk saku boleh lagi relax dan minum kopi lepas dia dah seluk duit orang. Ditambah pula dengan pengalaman dia berurusan dengan balai polis. Nak buat report hanya office hour sahaja. Aduh kalau kena rompak waktu malam kena tunggu esok baru boleh report ke? Hmm…

47685533 2202443649768550 4684844403993346048 N
Sumber: Facebook

Jangankan nak buat report, nak lepas masuk kaunter polis pun susah, paling kurang 1 jam dan tu pun kalau berjaya… Katanya lagi, dekat sana penuh dengan orang ‘Gipsy’ yang menyamar kononnya orang Syria dan buat pelbagai cara penipuan dekat pelancong yang bercuti dekat sana. Siap dah target pelancong ye!

Tak kurang juga rusuhan yang kerap berlaku dekat sana. Siap ada bakar-bakar kereta polis dan nasib baik rusuhan tu berlaku lepas dia melawat satu tugu di Paris. Katanya, “Biar lah Malaysia ‘mundur’ kalau ini lah cerminan negara ‘maju’. Banyak lagi kota negara eropah yang cantik dan selamat selain paris”.

Apapun admin nak pesan dekat sesiapa pun yang nak pergi bercuti, sentiasa hati-hati di tempat orang ye!

Baca: “Kan dah dapat diskaun, nak apa lagi?” – Lelaki Malaysia Terima Layanan Berunsur Perkauman di Body Shop Paris

Pagebody

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.