in

“Kan dah dapat diskaun, nak apa lagi?” – Lelaki Malaysia Terima Layanan Berunsur Perkauman di Body Shop Paris

Pagebody

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membeli belah memang seronok. Tetapi lain pula yang dialami oleh lelaki dari Malaysia ini yang menerima layanan tidak sepatutnya sewaktu berkunjung ke sebuah premis terkemuka.


Menurut Nextshark, seorang jurugambar dan pembuat filem dari Malaysia, Stefen Chow telah bersumpah tidak akan membeli sebarang produk dari syarikat kosmetik dan penjagaan kulit The Body Shop lagi kerana mendakwa telah menerima layanan buruk berunsur perkauman di salah sebuah cawangannya di Paris.

Body1
sumber: facebook

Lelaki berusia 37 tahun itu mengambil keputusan untuk berkongsi kisah layanan pekerja Body Shop yang diterima di laman Facebook miliknya. Stefen mendakwa bahawa staf serta pengurus premis bertindak kasar dan biadap pada 12 November lalu sewaktu dia membelikan barangan isterinya.

Staf premis dikatakan telah tersalah caj harga barang yang dibeli oleh Stefen sebanyak €5 (bersamaan RM24) dan meminta Stefen kembali untuk menuntut lebihan bayaran tersebut pada keesokan harinya.

“Saya nak lupakan sahaja duit tu. Tak terjejas pun hidup saya jika kurang €5. Tapi itu adalah prinsip premis tersebut, jadi saya kembali semula ke sana keesokan harinya.”

Stefen walau bagaimanapun terkejut kerana dia sebaliknya dilayan dengan kasar oleh pengurus premis berkenaan setibanya di sana.

Kan dah dapat diskaun, nak apa lagi?” kata pengurus tersebut.

Body2
sumber: the body shop

Stefen menyatakan bahawa memang terdapat diskaun untuk barangan yang dibeli tetapi dia telah dicaj lebih lima Euro dan disebabkan itulah dia kembali ke premis berkenaan. Dia juga terkejut kerana kerani premis itu mula menyalahkannya atas kesalahan tersebut.

Staf mula mengelilingi saya dan saya tak pernah rasa diugut sebegitu rupa dalam hidup saya.”

Staf premis mula menuduh Stefen mendera mereka dan mengugut untuk melaporkan lelaki tersebut kepada polis. Pembantu pengurus kemudiannya bertanya tentang butiran Stefen dan menjeling matanya ke atas sambil mengeluh dengan kuat apabila lelaki tersebut menyatakan dia tinggal di Beijing, China (walaupun dia berasal dari Malaysia).

Body3 E1511344615682
sumber: pinterest

Staf tersebut memberi reaksi bagai menunjukkan bahawa patutlah Stefen berperangai begini kerana dia orang Asia. Stefen meninggalkan premis berkenaan dengan perasaan malu, marah dan keliru. Dia menulis pengalaman yang dilaluinya di laman sosial dan status tersebut telah dikongsi oleh ribuan pengguna Facebook.

Beberapa jam selepas status Stefen tular, premis Body Shop tersebut mengeluarkan kenyataan mohon maaf rasmi atas insiden yang terpaksa dilalui oleh lelaki tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut.

S
sumber: facebook

Semua manusia wajar dilayan dengan baik tidak kira agama, warna kulit, atau kaum. Semoga premis Body Shop berkenaan lebih berhati-hati melayan pelanggan mereka di masa hadapan.

Baca: Tak Sangka Butik Terkenal Seperti ZARA Tak Bayar Gaji Pekerja! Ini Taktik Digunakan Staf Mereka…

Zar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.