in

Kos Gandum Meningkat, Kedai Mamak Mungkin Terpaksa Naikkan Harga Roti Canai

Roti Canai Naik Harga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, sekarang banyak benda yang naik harga sehinggakan ramai pemilik perniagaan di negara ini yang terpaksa menaikkan harga produk mereka.



Baru-baru ini pula, salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia, Roti Canai, pula dikatakan bakal berdepan kenaikan harga.

20210426 Jawahar Ali Taib Khan Presma Presma Facebook Pic 1 1 E1653199728124

Memetik laporan FMT, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA), Jawahar Ali Tain Khan berkata, hal ini disebabkan terdapat kenaikan harga gandum meskipun sebelum pengharaman eksport dari India.

“Sebelum ini satu guni gandum seberat 25 kilogram dijual dengan harga RM45. Tapi, harganya kini mencecah RM65,” katanya. 

Tambah Jawahar lagi, beliau bimbang dengan kenaikan harga ini mungkin akan menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan membeli secara pukal sebelum menaikkan lagi harganya.

Roti Canai E1653199790901

Pun begitu, beliau menambah, pihaknya sedang cuba sedaya upaya untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku dan mengekalkan harga Roti Canai sedia ada.

Beliau juga menyeru kerajaan untuk mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah ini seperti meluaskan lagi senarai negara dimana gandum boleh diimport oleh Malaysia.

Dalam pada itu, J Suresh, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (Primas) berkata, walaupun banyak restoran yang sudah menaikkan harga Roti Canai sebelum ini, masalah baru ini mungkin akan menyebabkan harga produk itu semakin meningkat.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, kerajaan telah mengatakan pengharaman eksport gandum oleh India tidak akan memberi kesan di Malaysia susulan negara ini mengimport 80% bekalan gandum dari Australia.

Sumber: FMT

Baca: Korang Ada Bakat Tebar Roti Canai? Restoran Ini Ada Tawar Kerja Dengan Gaji Hingga RM200,000!

Roti Bar Roti Canai E1653198469453

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.