in

Korang Ada Bakat Tebar Roti Canai? Restoran Ini Ada Tawar Kerja Dengan Gaji Hingga RM200,000!

Roti Bar Roti Canai E1653198469453

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampak macam senang tapi nak menebar roti canai ni perlu ada kemahiran yang tersendiri. Silap tebar takut lain pula jadinya…



0A718Ffb 7803 436B 8575 364D6D5E859C E1650685914702
Gambar hiasan

Mungkin disebabkan itu juga sebuah restoran di Melbourne, Australia, menawarkan gaji yang cukup lumayan iatu hingga RM200,000 jika ditukar ke Ringgit Malaysia bagi mengisi kekosongan sebagai tukang masak roti canai. Bagaimanapun, tak dinyatakan sama ada gaji ini dikira secara bulanan atau tahunan.

Menerusi sebuah portal pencarian kerja, Seek, Restoran Roti Bar mahu melebarkan perniagaan mereka dan disebabkan itulah mereka mahu merekrut tukang masak roti canai bagi menyertai pasukan mereka.

Menurut laman web restoran ini, Roti Bar menawarkan pelbagai jenis makanan Malaysia seperti Roti Canai, Nasi Lemak lauk rendang dan Mee Goreng. Selain itu, Roti Bar juga berstatus Halal.

980Aac95 6861 4D87 8721 172Ed0575Ab2 700X487 1 E1650685978705

Terletak di Little Collins Street, Roti Bar menawarkan beberapa manfaat kepada mereka yang mahu bekerja dengan mereka. Antaranya berpeluang ditaja sekiranya layak dan tempat tinggal disediakan.

Berikut pula adalah kritirea yang dicari Roti Bar bagi mengisi jawatan tukang masak Roti Canai ini:

  • MESTI ada pengalaman menebar Roti Canai
  • PERLU ada asas menebar. Latihan akan disediakan bagi memenuhi standard restoran
  • Mampu bekerja dalam tekanan
  • Bertanggungjawab dan boleh ikut arahan
  • Ada kebenaran penuh untuk bekerja di Australia

Perkongsian mencari kerja oleh Roti Bar itu ternyata menerima respon terkejut daripada pengguna laman sosial setelah ia viral. Ada juga yang membandingkan gaji terbabit dengan gaji yang ditawarkan di dalam negara.

“Ini baru betul kena dengan kemahiran,” komen netizen.

“Ada anak nanti, nak asah bakat jadi penebar roti canai berkualiti. Balik rumah boleh berlagak, tebar roti canai tapi pakai BMW,” gurau yang lain pula.

Sumber: Seek

Baca: “Masih berbisa” – Netizen Terhibur Tengok Wahid Senario ‘Belanja’ Skill Tebar Roti Canai

1Wahid E1650683125498

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.