Nama pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun sekali lagi terpalit dengan satu kontoversi apabila dirinya kini sedang menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Ia susulan dengan dirinya yang kini dikatakan menjadi duta untuk produk wangian dan mendakwa produk itu tingkat daya fokus dan menghalau gangguan.
Artikel berkaitan : “Tempat paling suci, kenapa masuk dialog seperti ini?” – Ustazah Asma’ Harun Kritik Drama ‘Surat Dari Tuhan’
Artikel berkaitan : “Tak pernah sekalipun sebut…” Kafe Ditutup, Ustazah Asma’ Harun Perjelas Dakwaan Salahkan Kerajaan
Harap walaun2 dpt beli minyak wangi ni utk kecerdasan minda korang.. pic.twitter.com/LYadwIETuF
— Miss Meow Meow ?? (@Missmeow7777) July 2, 2024
Namun, apa yang menjadi pertikaian bukanlah dakwaan pada wangian tersebut, netizen mengimbau semula kenyataannya sebelum ini yang mengatakan haram hukumnya buat kaum wanita yang memakai wangian di luar rumah. Menerusi laman X, ada netizen lampirkan semula kenyataannya pada 4 tahun lepas.
Malah, ia juga mengundang pelbagai reaksi netizen dan ada juga yang husnudzon bahawa apa yang dipromosi itu mungkin adalah essential oil atau minyak pati yang ada manfaat dan kelebihannya.
Hurm, mungkin dia promote untuk pakai dalam rumah je kot.