in

“Bau peluh, air liur” – Lelaki Sanggup Berhabis RM550 Beli ‘Perfume’ Paling Busuk Untuk Koleksi

Perfume Bau Peluh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tujuan memakai minyak wangi tak lain tak bukan adalah untuk mewangikan diri dan mengelakkan badan berbau.

Namun, berlainan dengan perkongsian seorang lelaki ini yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk mencuba minyak wangi versi busuk.


Menerusi perkongsian di TikTok, @aimanzsham yang sering review pelbagai jenis minyak wangi kali ini memilih untuk membeli minyak wangi yang berbau peluh, air liur, peluntur dan susu ibu.

Artikel berkaitan: Korang Peminat Minyak Wangi? Jom Kenali 5 Bahan Aneh Yang Diguna Sebagai Campuran Perfume Korang

Artikel berkaitan: “Rasanya kesemua Reseller under dia gunakan 2 ayat ni” – Lelaki Bagi ‘Hint’ Kalau Nak Tahu Fake Perfume Yang Dijual Online

Dakwa lelaki berkenaan, minyak wangi yang mahu dibelinya itu sering kali habis terjual di pasaran. Justeru, dia harus segera mendapatkannya agar tidak terlepas peluang.

@aimanzsham

Ni bukan fetish ya, aku nak bawak korang untuk teroka bau yang korang tak pernah terfikir untuk sebuah minyak wangi. Aku beli perfume ni sebab takde tester time aku nak try, jadi kena beli jugak untuk try bau dan nak buat collection sebab susah nak dapat. Boleh cuba perfume ni dekat Trove, Starhill, dekat trove lain takde

♬ original sound – Aimanzsham – Aimanzsham

“Aku nak beli satu perfume ni bau peluh, air liur, clorox dan juga susu ibu. RM550 untuk 50ml, selalu sold out,” katanya.

Selepas selesai membayarnya, lelaki itu terus membuka kotak minyak wangi tersebut dan menyembur ke tangannya. Dia memberi reaksi seakan mahu muntah apabila membau minyak wangi tersebut.

“Sumpah bau busuk gila, dia bau baju basah dengan peluh yang diperam dalam baldi selama dua minggu. Dia bau kepam bau busuk,” ujarnya.

Menerusi ruangan kapsyen video, dia menjelaskan keinginan untuk membeli minyak wangi berkenaan kerana mahu berkongsi baunya bersama orang lain.

“Aku nak bawa korang untuk teroka bau yang korang tak pernah terfikir untuk sebuah minyak wangi.

“Aku beli perfume ni sebab tak ada tester, jadi aku kena beli juga untuk cuba bau dan nak buat koleksi sebab susah nak dapat,” jelasnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata mempersoalkan tindakan lelaki itu yang sanggup perhabis ratusan ringgit untuk mencuba bau yang tidak menyenangkan. Malah, ada yang tertanya-tanya mengapa minyak wangi sebegitu boleh laris terjual.

Screenshot 2024 03 08 164057 Screenshot 2024 03 08 164315

Kata lelaki itu, jurujual di kedai terbabit mencadangkan untuk membiar bau minyak wangi melekat pada kulit badan untuk mendapatkan bau yang lebih baik.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.