in

“Konon ada kuasa” – ‘Superman’ Dilanggar Bas Lepas Cuba Tahan Guna Tangan, Nasib Baik Tak Cedera

Konon Ada Kuasa Superman Dilanggar Bas Lepas Cuba Tahan Guna Tangan Nasib Baik Tak Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, watak adiwira atau superhero seperti Iron Man, Captain America, Black Panther dan Thor memang diminati ramai individu di dunia ini tanpa mengira usia. Jadi, tidak hairanlah, jika ada yang sanggup menghabiskan wang untuk kelihatan seperti watak kegemaran mereka. Ada yang sampai sanggup buat pembedahan plastik lagi!

0324F247F4C8Fab0B3Fbe7539A1C5572 60B85A45D53D8 E1622864031836

Seorang pelawak di Brazil ini juga merupakan peminat watak adiwira. Luiz Ribeiro de Andrade, 35, juga dikenali ramai dengan nama Superman sempena nama watak superhero kegemaran ramai itu.


Dalam satu stunt yang dilakukannya, pelawak yang mengenakan kostum Superman ini telah dilanggar sebuah bas di Barra dos Coqueiros, Brazil pada 30 Mei lalu. Difahamkan, stunt itu dilakukan untuk membuktikan kekuatan super Luiz yang sama seperti watak Superman dengan cuba untuk menghentukan sebuah bas dengan hanya menggunakan tangan, lapor DailyMail,

Superman E1622863767415

Dalam satu rakaman, dapat dilihat Luiz berjalan dengan penuh yakin dan berdiri di tengah jalan raya sambil memegang mikrofon. Sebuah bas dapat dilihat sedang meluru ke arah pelawak itu.

Apa yang sepatutnya menjadi ‘demonstrasi’ kekuatan bertukar menakutkan apabila Luiz si Superman dilanggar kenderaan terbabit sehingga mendorong tubuhnya ke hadapan.

Pun begitu, Superman terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden kecil itu. Malah, lelaki itu juga sempat bergurau sebaik sahaja dilanggar

“Sekarang saya betul-betul diperbuat daripada besi.”

Menerusi satu temu bual, Luiz mendedahkan insiden terbabit berlaku kerana kecuaiannya sendiri dalam mengira jarak bas sehingga menyebabkan dirinya dilanggar.

“Saya bertuah kerana ‘Tangan Tuhan’ telah selamatkan saya daripada menerima banyak kecederaan. Saya bertuah kerana tidak merasakan apa-apa ketika pelanggaran,” katanya.

Jelas Luiz lagi, segala yang berlaku semasa rakaman terbabit adalah kesalahannya sendiri dan bukanlah kerana kegagalan brek pada bas. Tambah pelawak itu, ia memang salah satu stunt yang sering dilakukannya tapi kali ini ia hampir bertukar menjadi satu kemalangan.

Sementara itu, syarikat pengangkutan Setransp mengeluarkan satu kenyataan yang menekankan orang ramai untuk sentiasa memberikan perhatian pada keadaan lalu lintas demi memastikan keselamatan semua.

Anda boleh lihat video tersebut di sini.

Sumber: DailyMail

Baca: Seronok Sangat Buat ‘Superman’ Dekat Highway Duke, 2 Remaja Kena Denda Jalani Khidmat Masyarakat 120 Jam

Rempit E1622863426476

Sumber: India Times
Sumber: Searchoye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.