in

“Kluster terbesar di Selangor” – Kluster 1 Utama Sudah Tular Hingga Generasi Keenam, Pengawal Keselamatan Nepal Paling Ramai Positif

1Utama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam memberitahu Kluster 1 Utama yang sedang mengganas di Selangor kini merupakan kluster aktif terbesar di negeri tersebut.


Malah lebih mengejutkan, kluster tersebut sudah menular hingga ke lapisan enam generasi, lapor Malaysiakini.

Sungguhpun kluster tersebut sudah mencatatkan 194 kes positif COVID 19, Dr Noor Hisham memberi jaminan yang pusat membeli-belah tempat kluster itu bermula kini sudah bebas daripada wabak tersebut.

Malah 1 Utama, Petaling Jaya juga sudah mula membuka perniagaannya beberapa hari lalu.

News One Utama Says

Bila ditanya mengapa pusat beli-belah tersebut sudah boleh beroperasi semula selepas 6 hari terpaksa ditutup berbanding pasar Bandar Lama Petaling yang ditutup dalam tempoh lebih lama setelah kes positif dikesan, Dr Noor Hisham menjawab, kes baru Kluster 1 Utama dikesan antara kontak rapat dan bukan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya.

“Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” katanya.

20201011Az8 One 1 Utama Shoppping Centre

Tambahnya lagi, pembersihan dan pembasmian kuman juga telah dilakukan di pusat beli-belah tersebut. Jadi 1 Utama dijamin sudah bebas daripada virus tersebut.

Menurut laporan, Kluster 1 Utama telah mencatatkan 9 kes baru semalam yang menjadikan kes terkumpul sebanyak 194 kes. Daripada 194 kes itu, 176 adalah kes aktif yang sedang dirawat sementara 18 lagi telah pulih. Tiada kematian direkodkan daripada kluster ini.

Risau bila dengar pasal kes makin meningkat ni… haih stay safe semua! 

Baca: Kes Dari Kluster 1 Utama Meningkat 105 Orang Positif Covid-19

Utama

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.