in

Klang Zon Merah Tapi Sesi Persekolahan Tetap Akan Berjalan Seperti Biasa

School3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah menetapkan yang sesi persekolahan di Klang akan berterusan seperti biasa walaupun daerah ini telah dikategorikan sebagai zon merah.


Menurut pengarah JPNS, Izmi Ismail, penutupan sekolah hanya akan dijalankan selepas mendapat cadangan dari Kementerian Kesihatan.

Tambahnya lagi, hanya tujuh kelas melibatkan dua sekolah di Klang telah ditutup selepas pelajar dan guru diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan individu-individu yang disahkan positif, lapor Bernama.

Schools

Ia terdiri daripada satu kelas Tingkatan Lima dan satu kelas Tingkatan Satu di SMK Pandamaran Jaya dan lima kelas Tahun Enam di SK Taman Sri Andalas.”

Izmi berkata, 14 hari kuarantin yang melibatkan pelajar dan guru ini telah pun bermula sejak Rabu lalu (30 September) bagi sekolah di SMK Pandamaran Jaya manakala di SK Taman Sri Andalas pula, ia bermula Sabtu lalu (3 Oktober).

71602025828 Prasekolah

Tak cukup dengan itu, sekolah-sekolah ini juga telah mengikuti garis panduan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM bagi mengawal penularan Covid-19.

Untuk pengetahuan korang, sejak 6 Oktober lalu, Selangor telah mempunyai sebanyak 232 kes aktif termasuk 77 individu yang sedang menjalani rawatan di Klang. Setiap daerah yang mempunyai kes sebanyak 41 dan ke atas dikategorikan sebagai zon merah.

Sementara itu, sekolah di zon merah lain seperti Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah telah pun ditutup.

 

Baca: 16 Mukim Di Selangor Dikategorikan Sebagai Zon Merah – Pasukan Khas Covid-19 Selangor

Screenshot 2020 10 07 At 2.16.11 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.