in

KKMM Akan Teliti Video Ayah Masak Ketum Jika Wujud Unsur Buli Siber

Ketumm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu guru merakam video murid ini telah meleret apabila guru tersebut telah menjelaskan perkara sebenar terhadap insiden tersebut. Lebih gawat lagi, ia dah masuk campur tangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


Menerusi Sinar Harian, KKMM  akan meneliti penyebaran video seorang murid yang mengaku bapanya pandai memasak air ketum, sama ada wujud unsur buli siber.

Kata Datuk Saifuddin Abdullah, secara dasarnya netizen akan kongsikan sesuatu di media sosial tanpa menjangka jika akan mengundang kecaman pihak lain sehingga boleh menimbulkan tekanan.

 

Ada waktunya kita tidak perasan, kita kongsi benda yang lazim sahaja dan pada kita ia tidak ada apa-apa, tetapi selepas itu kita kena ‘balun’ bertalu-talu, bagi sesetengah orang itu menimbulkan tekanan dan tentulah kita perlu bantu mereka.”

Seperti dalam kes video bapa masak ketum ini, beliau menegaskan bahawa tuan empunya badan kongsi perkara biasa bahkan mengenai hal keluarga ia memang tak ada apa-apa. Guru tersebut pun dah jelaskan memang keluarga anggap ia satu jenaka.

Tambahnya lagi, warganet yang ‘balun’ dengan kata-kata negatif itu mungkin dah dikira siber buli.

“Walaupun saya belum melihat (video) itu, namun saya akan selidik dan dapatkan maklumat lanjut mengenainya” 

Tular video itu menerima reaksi pelbagai pihak termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menganggapnya satu tindakan tidak wajar.

Saifuddin berkata, pihaknya menerima laporan banyak pihak termasuklah pelajar sekolah menjadi mangsa buli dalam talian dalam pelbagai cara.

Malah, ramai pihak termasuk ahli parlimen menyatakan sudah tiba masanya untuk wujudkan akta yang khusus tentang siber buli.

“Apa yang boleh saya katakan, kita sekarang dalam kajian akhir Akta Anti Buli Siber, akta ini dijangka siap hujung tahun ini dan diharap draf cadangan itu dapat membantu kita menyelesaikan permasalahan berhubung buli siber ini,”

 

Baca : “Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali” – Guru Tampil Beri Respon Kejadian Sebenar Video Bapa Masak Ketum

Ketum3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.