in

“Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali” – Guru Tampil Beri Respon Kejadian Sebenar Video Bapa Masak Ketum

Ketum3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan tular video ‘bapa masak ketum’ di media sosial, guru tersebut menerima kecaman hebat dan kini tampil memberikan keterangan situasi sebenar.


Kata guru berumur 40-an itu, memang dirinya yang merakam video itu namun dia tidak viralkan video tersebut malah, tujuan dia membuat video tersebut bukanlah untuk dijadikan bahan jenaka umum.

 

Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali”

Menerusi Berita Harian, guru itu mohon agar penularan dan kecaman dengan pelbagai tuduhan palsu terhadap dirinya dihentikan kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan.

“Saya tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.”

Guru wanita itu juga memohon agar isu ini tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

“Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.”

Tambahnya lagi, dia tidak akan buat laporan polis kerana tuduhan palsu yang dilemparkan kepadanya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Rakaman video itu dibuat ketika dalam sesi pendidikan kesihatan untuk tahun satu sekolah rendah di negeri di bahagian utara. Ia terjadi semalam.

Dalam pembelajaran itu ia menyentuh topik peranan ahli keluarga dan ada sesi soal jawab berkenaan dengan ahli keluarga yang pandai masak. Tanpa diduga, murid itu memberikan jawapan tersebut.

“Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok.” 

 

Rakam hantar ke Whatsapp, jadi viral

Tambahnya lagi, dia sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakamkan jawapan sama diberikan kanak-kanak itu sebelum berkongsikannya kepada ibu murid terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana geli hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata. Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum.”

Selepas tamat sesi pembelajaran itu, dia hantarkan video terbabit kepada ibu murid tersebut sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka, tiba-tiba pada malam tadi, ibu kepada murid tersebut menghubunginya semula dan mendakwa video itu tular.

“Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video berkenaan.”

Dia kesal dengan individu yang menularkan video tanpa asal usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah dirinya.

“Niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.”

Walaubagaimanapun, dia anggap ia hanyalah satu cabaran sebagai seorang pendidik, malah akan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran untuk lebih berwaspada kelak.

 

Baca : “Ayah saya masak ketum” – Cikgu Rakam Anak Mengaku Bapa Masak Ketum Di Rumah, Penceramah Mohon Jangan Sebar Video Sebab…

Ceramah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.