in

“Kitaorang pakai mask sepanjang masa kecuali…” – Awal & Scha Bimbang Kena Siasat Polis Tak Patuh SOP

Schawal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan pihak polis membuka kes siasatan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu lalu, selebriti, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya bimbang disiasat polis.

Perkara tersebut telah dinyatakan Awal secara berseloroh menerusi posting di Instagram yang berharap mereka tidak terpalit dengan isu yang dalam siasatan pihak berkuasa itu.


https://www.instagram.com/p/CNBj25KHXg8/

Jangan siasat saya dan bunga saya (Scha) please. Kitaorang pakai mask sepanjang masa kecuali time nak ambik gambar dan makan sebab kami tidak ada langsir macam pengantin,” seloroh Awal.

Posting dengan kapsyen dan gambar yang sama juga dimuat naik oleh Scha di Instagramnya.

Menerusi posting itu juga, Awal sempat mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabatnya, Neelofa dan Haris Ismail.

https://www.instagram.com/p/CM_xwXQH08f/

“Dalam jutaan bunga dekat belakang tu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dan petik, satu lagi disunting Haris.

“Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga-bunga lain yang masih banyak dekat latar pelamin tu. Selamat pengantin baharu Neelofa dan Haris,” ujarnya.

Dalam pada itu, hari ini, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan pengasas Reka Teemor yang menguruskan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz telah hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung isu perlanggaran SOP ketika majlis tersebut berlangsung pada Sabtu lalu.

Baca: “Semua okey. Tiada apa nak cakap” –  PA Neelofa & Pengasas Reka Teemor Beri Keterangan di IPD Dang Wangi

Langgar Sop Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.