in

“Kita semua bersaudara” – GEMPAR! Penemuan Kampung Melayu Di Sumatera, Siap Cakap Loghat Kedah Lagi

Feature Nelayan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak tentang kewujudan perkampungan Melayu di Indonesia? Masyarakatnya menggunakan loghat Kedah dalam kehidupan seharian. Mesti tak pernah dengar kan.


Sekarang ni admin nak ceritakan tentang penemuan sebuah perkampungan Melayu di Sumatera, Indonesia.

Sebijik weh macam kat Kedah. 

Kampung ini dikenali dengan nama Kampung Jaring Halus dan dipercayai telah dibuka oleh perantau dari Sungai Petani, Kedah pada tahun 1917.

Menurut perkongsian Puan Eleena M di Twitter, kampung ini terletak 65 kilometer dari Medan namun yang uniknya, masyarakat Indonesia yang tinggal di kampung ini berkomunikasi menggunakan loghat Kedah disebabkan nenek moyang mereka berasal dari sana.

Hebat kan diorang ni. 

Masjid Jaring Halus

Menurut cerita Puan Eleena lagi, pada tahun 1909, kerajaan Kedah telah kehilangan tanah jajahan mereka dari Segenting Kra sehingga Satun dalam Perjanjian Inggeris-Siam. Inilah yang menyebabkan ekonomi negeri Kedah sedikit merudum dan ramai antara mereka yang berhijrah ke tempat lain untuk mencari kelangsungan hidup.

 

Jaring Halus

Kampung ini juga dikatakan tidak mempunyai jalan darat. Kalau nak berkunjung ke sini, pengunjung harus menaiki bot di Sungai Permatang Buluh selepas berhenti di pekan terdekat iaitu Tanjung Pura atau Stabat.

 

Jaring Halus 2

Menurut salah seorang netizen, Fiqa Karshah yang pernah ke sana, katanya bot nelayan juga dinamakan mengikut unsur-unsur bahasa Melayu contohnya Sri Qeddah. Semasa dia singgah di gerai minuman pun, masih ada penjual yang menggunakan loghat Kedah walaupun berbahasa Indonesia.

Untuk pengetahuan korang juga, majoriti masyarakat di sini bekerja sebagai nelayan.

Admin teringin lah nak pergi kampung ni. Macam best je. 

 

Baca: “Melayu ini pendatang?”- Untaian Ini Akan Menjelaskan Secara Ringkas & Padat Pasal Melayu Agar Mudah Faham 

Melayu

 

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.