in

“Melayu ini pendatang?” – Untaian Ini Akan Menjelaskan Secara Ringkas & Padat Pasal Melayu Agar Mudah Faham

Melayu2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang kurang arif pasal sejarah-sejarah Melayu ni, jadi untuk memudahkan kefahaman kita, @RadenKraton ada menjelaskan asal usul, nama melayu dan sejarah bagaimana melayu ini wujud dan dari mana asalnya Melayu ini.


 

1. Teori kedatangan orang Melayu ke Kepulauan Melayu.

Eh9Q6Pcu0Aat9Sp
Sumber : twitter

Secara asasnya, sejarawan serta ahli kaji bangsa merumuskan bahawa orang “Melayu” sekarang itu mempunyai 3 teori utama yang menerangkan kedatangan mereka.

Yang pertama adalah orang Melayu itu datang dari kawasan selatan China, yakni Yunnan. Teori ini berpendapat bahawa orang Melayu berhijrah dari kawasan ini dan terus bergerak ke selatan dan menduduki kepulauan Melayu.

Kemudian, adalah dari Pulau Taiwan, yakni Orang Asli Taiwan mula berhijrah melalui jalan laut, dan singgah ke pulau-pulau di Nusantara Timur.

Akhir sekali adalah teori kontroversi Benua Sunda. Dipelopori oleh Stephen Oppenheimer.
Dia berpendapat bahawa orang Melayu sudahpun menetap di Nusantara, sebelum dibanjiri air yang memaksa orang Melayu berhijrah keluar dan menetap di pulau-pulau berdekatan.

Sumber : twitter

Kesemua teori ini mempunyai bukti yang kukuh, sekurang-kurangnya orang Melayu (termasuk Orang asli) menduduki Nusantara pada 10,000-6,000 tahun yang dahulu.

Namun, adakah moyang orang Melayu ini sudahpun memanggil diri mereka orang “Melayu”?

2. Asal-usul istilah Melayu.

Sumber : twitter

Ramai menyangka bahawa suku-suku kaum Melayu gemar memanggil diri mereka Melayu waktu pra-Hindu, namun hakikatnya mereka lebih gemar mengambil nama tempat atau nama tadbiran sebagai bentuk pengenalan kolektif.

Sebagai contoh, suku kaum di Pahang mengambil nama sungai, begitu juga di Sarawak.

Milner berkata, meskipun suku kaum Melayu sudah wujud namun mereka tidak mempunyai “kesedaran” untuk memanggil diri mereka Melayu. Masyarakat Melayu dahulu tidak mempunyai keperluan untuk membezakan antara siapa Melayu dan siapa tidak kerana sudah terdapat perkongsian budaya dan bahasa yang sama

Boleh dibandingkan dalam perbualan dalam komuniti Melayu sekarang, kita tidak panggil diri kita orang “Melayu Seremban” kepada orang Penang. Memadailah hanya Seremban.

Hanya apabila masyarakat Melayu menjadi semakin canggih serta mencipta tamadun dan sistem siasah rumit, pada ketika itu kesedaran “Melayu” mula timbul.

Kebangkitan empayar Srivijaya memainkan peranan yang penting menyemai kesedaran Melayu.

Kemunculannya sebagai tamadun Melayu pertama di Nusantara yang menyatukan hampir keseluruhan kerajaan-kerajaan kecil di Nusantara telah mengukuhkan perkongsian budaya antara suku kaum Melayu. Perkongsian budaya ini lebih senang dikenali sebagai adat Melayu.

Adat Melayu menjadi kayu ukur kepada kemelayuan pada ketika ini. Dari cara pemakaian, kepercayaan, hinggalah penggunaan bahasa rasmi antara tadbiran yakni bahasa Melayu Kuno.

Suku-suku kaum mulai bersatu atas satu nama yang sama, yakni Melayu, dan tersebarlah ke sekalian pelusuk Nusantara.

Namun, sekiranya “adat Melayu” menjadi kayu ukur, apakah yang terkandung dalam “adat Melayu” itu? Adakah “adat Melayu” itu kekal dan malar?

3. Adat Melayu

Adat Melayu itu secara am, bermaksud kepada cara hidup dan etika-etika orang Melayu. Adat inilah yang menentukan kemelayuan dalam Melayu.

Adat Melayu, mempunyai tiga fasa secara kasar. Fasa pra-Hindu, fasa Hindu, fasa Islam.

Sebelum kemasukan agama Hindu, orang Melayu sudah mempunyai satu set kepercayaan, kod etika, dan cara hidup tersendiri. Inilah tunas adat Melayu.

Kod etika ini berdasarkan konsep “Nama” (maruah) yang dibawa mati, ditentukan oleh hubungan dengan ketua masyarakat.

Disebabkan hubungan antara Nama dan ketua masyarakat itu erat, maka orang Melayu memandang ketua masyarakat itu sebagai wakil antara dunia roh dan jasmani. Dan orang Melayu mesti menghormati Nama ketua agar Nama sendiri tidak tercalar. (Secara am)

Kemasukan agama Hindu mengukuhkan konsep ini. Yakni ketua-ketua ini menggunakan istilah Devaraja Hindu kedalam kefahaman sedia ada. Konsep-konsep seperti Bakti, Derhaka disuaikan kedalam orang Melayu dan jarang mengekalkan maksud asal.

Empayar Srivijaya berjaya menyebarkan kefahaman ini kepada Nusantara, sehinggakan tiap-tiap aspek hidup Melayu menggunakan nilai yang hampir sama.

Kejatuhan Srivijaya telah mempelbagaikan budaya-budaya suku kaum Melayu, tetapi masih mempunyai intipati yang sama.

Apabila kerajaan Melaka menggantikan Srivijaya dalam kekuasaan siasah Melayu, secara tidak langsung Melaka mempunyai kawalan kepada Adat Melayu ini.

Pemelukan agama Islam oleh raja Melaka mempengaruhi masyarakat Melayu di sekeliling. Walaubagaimanapun, serupa dengan Hindu kemasukan agama Islam di Nusantara tidak mengubah adat Melayu secara drastik, sebaliknya hanya mengukuhkan kepercayaan kuno.

Ajaran Islam ketika ini memberi penekanan kepada kesetiaan kepada Sultan, serta kekuasaan Sultan sebagai wakil Allah (Waliullah).

Fahaman yang sama jika kita lihat pada awalnya;

Ketua Masyarakat = Devaraja = Sultan
Wakil alam batin = Wakil Dewa = Wakil Allah

^ secara ringkas persamaan konsep yang dibuat.

Malahan jika dilihat, tidak banyak Adat Melayu yang berubah, hanyalah kepada perwarisan Melaka sebagai ketua tamadun dan Adat Melayu

Apabila Melaka menjadi tonggak kemelayuan, budaya Melaka mula dianggap sebagai cara/adat Melayu. Kerajaan-kerajaan naungan Melaka mula mengikuti haluan yang sama.

Cuma disini, budaya Melaka mengamalkan keanjalan istilah Melayu, satu cara untuk menggunakan suku kaum berbeza untuk berkhidmat dan diserap dalam komuniti Melayu.

Adat Melaka menegaskan sekiranya seseorang itu menyerap budaya Melayu, maka layaklah menjadi orang Melayu.

Bahkan, seorang yang bukan asli orang Melayu boleh menjawat jawatan tinggi seperti Tun Mutahir yang berketurunan Tamil.

Namun, sekiranya adat Melayu menjadi kayu ukur orang Melayu, bagaimana pula dengan suku kaum lain di Pulau Jawa, Sumatera, dan Brunei yang menolak istilah Melayu?

Dalam perkongsian ini akan merungkai peranan penjajah dalam menbentuk identiti Melayu, dalam thread @RadenKraton ni.

 

Baca : “Sebab tu melayu tak maju” – Gara-gara Beli Telur Kat Kedai Runcit India, Wanita Kena Marah Dengan Pakcik Melayu Sampai…

Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.