• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Kita dah di akhir zaman” – Jumpa Dekat Disko & Berkahwin, Sekarang Sama-Sama Berubah Pergi Kelas Mengaji

by Sue Idris September 2, 2019, 11:02 am

ShareTweet
Pasangan Trec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah pertemuan pasangan suami isteri ini dapat perhatian ramai selepas dikongsi wanita itu sendiri dekat Twitter baru-baru ni. Menurut Murni Hidayah Azman Tang, 23, dia dan suami, Muhammad Azmi Che Muda, 31, bertemu pertama kali dekat sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun lepas.

Tapi siapa sangka meskipun pertemuan mereka bermula di pusat hiburan namun pengakhiran cerita mereka sangat memberi inspirasi buat ramai orang. Selepas berkahwin, mereka bersama-sama membuat keputusan untuk berubah dan menghadiri kelas mengaji.


Trec5

Image From Ios
sumber: twitter

Menurut mStar, selepas perkenalan selama 3 bulan, Februari lepas pasangan ini bernikah dan mula hadiri kelas bacaan al-Quran sebelum Ramadan tahun lepas.

Masa tahun 2018, sebelum jumpa suami pun saya sudah memperlahankan aktiviti ke kelab malam, tapi masa tu ada kawan lama ajak jumpa di TREC.”

Saya pergi masa tu bukan untuk enjoy tapi niat untuk teman kawan saja. Masa itulah jumpa suami, dia tegur dan cakap nak berkawan.”

Saya terpikat sebab dia hormat saya, dia tak sentuh saya. Saya rasa selesa, kenapa dia nak protect padahal kami tak kenal pun.”

Trec3

Trec4

Katanya, lepas dah sah bergelar suami isteri mereka ada ke kelab malam sebanyak dua kali namun dia mula sedar dan terdetik di hati untuk berubah. Nekad, dia mengajak suami untuk baiki diri dan sejak dari itu mereka berdua tak lagi ke mana-mana kelab malam. 

Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir, sampai bila nak duduk sini? Saya paksa diri dan ajak suami berubah. Saya pun bukannya baik, tapi sebagai isteri, saya kena ajak dia ke arah kebaikan.”

Dulu masa kecil boleh baca. Tapi bila dah lama tinggal, kena polish baliklah. Saya minta suami cari kelas sebab teringin nak baca al-Quran dengan lancar. Dia langsung tak tangguh tangguh, terus cari.”

Kalau kejut dia bangun waktu Subuh pun sama. Sekali kejut terus dia bangun. Dia tak akan tangguh walau 5 minit. Saya juga beli buku untuk belajar agama.”

Saya sedar, kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk bertaubat, tapi masa tu dah singkat.”

Trec6

Ditanya apakah reaksi orang sekeliling mereka dengan kisah perubahannya dan suami, Murni menjawab,

Alhamdulillah. Memang mostly positive. Ramai yang cakap ini boleh jadi inspirasi untuk mereka, ada yang nak mengajak suami/ isteri mereka untuk ke kelas mengaji.. tapi ramai jugak anak muda yang nak pergi ke “Trec” untuk cari jodoh.”

Saya mulanya memang sangat takut, saya tak sangka cerita saya akan jadi tumpuan.. tapi ibu saya cakap ‘ini bukan perkara tak baik, tapi perkara yang baik & boleh jadi pengajaran pada semua orang’.”
Trec7

Admin doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Moga kita semua juga dikurniakan hidayah seperti mereka…

Baca: “Cuba baca Qur’an nak tahu terrorist macam mana” – Wanita Barat Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Peluk Islam

Jenislam

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Peti Sejuk

    Bukan Sekadar Curi Data, Ganggu Bekalan Makanan! Ini 12 Negara Yang Dilaporkan Jadi Sasaran Serangan Siber

  • Aliff Daniel Ibu Taubat Ft

    Ibu Aliff Daniel Turut Lafaz Taubat, Akui Gagal Didik Anak Hingga Terpesong Akidah

  • Syaz Ft 59

    ‘Istitabah’ Jadi Perhatian Susulan Kes Aliff Daniel, Ini Maksud & Tujuan Proses Tersebut

  • Ft Kemalangan

    Pegawai Pendidikan M*ut Kemalangan Lepas 4×4 Tiba-tiba Tukar Lorong

  • Ana Sr 18

    Malaysia Kini Duduk Sebaris Dengan US & UK Sebagai Destinasi Utama Pelajar Dunia

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 12

    2.14 Bilion e-Invois Dah Dikemukakan! Lebih 97,000 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Cukai Tertunggak

  • Ana Sr 11

    Nak Cari Maklumat Sekolah Anak? Portal Sekolahku Himpunkan Info Sekolah Dalam Satu Platform

  • Ana Sr 10

    Bukan Sekadar Menabung, Bank Rakyat Kongsi Rahsia Kewangan Tenang!

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ana Sr 14

    28 Keluarga Mangsa Tragedi Banjir Nepal Terima RM174,000 Daripada PERKESO

  • Ft Dr Fie

    “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

  • Ft Shuk Sahar

    “Ada 2 lagi anak tau” – Shuk Sahar Tayang Transaksi Nafkah Anak

  • Syaz Ft

    “Ingat dah terhapus dalam industri…” – Amir Ahnaf Sebak, Tak Sangka Masih Diterima Penonton!

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube