in

“Kita buktikan cinta kita real” – Wanita 62 Tahun Buat ‘Plastic Surgery’, Nak Nampak ‘Cantik’ Lepas Kahwin Suami Umur 26 Tahun

Ft1 1 E1606611656833

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika mereka disatukan pada tahun 2018, pasangan ini menjadi viral kerana jurang usia mereka. Perkahwinan Hoa Cương Thu Sao, 62 tahun mendapat perhatian ramai apabila dia mengahwini seorang lelaki berusia 26 tahun.


Surgery9

Baru-baru ini, mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-2 dan Hoa Cương Thu Sao mengambil kesempatan itu untuk membuat ucapan istimewa kepada suaminya di Facebook.

Selama 3 tahun ini, ramai persoalkan hubungan kita dan ada yang menyerang kita, tapi kita tetap kekal bersama dan buktikan cinta kita ‘real’. Dalam sekelip mata, 3 tahun sudah berlalu dan masa kita bersama cukup membahagiakan. Masa akan datang juga akan turut bahagia sebegini.”

 

Mula-mula reject tapi akhirnya terima lamaran

Menurut Mothership, wanita yang memiliki pusat kecantikan dan kedai kopi kecil-kecilan itu mempunyai 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. Suaminya dulu meninggal dunia dan dia telah menjadi ibu tunggal selama 8 tahun.

Kali pertama dia dan suaminya sekarang berjumpa adalah di kedai kopi milik wanita itu. Difahamkan, suaminya merupakan pelanggan tetap dan akhirnya mereka berdua sama-sama mempunyai perasaan.

Surgery4

Surgery3

Pada mulanya Hoa Cương Thu Sao hanya anggap lelaki itu sebagai ‘adik’ dan tolak lamaran sebab ingatkan dia hanya bergurau. Tapi, lama kelamaan baru dia sedar lelaki itu benar-benar serius lepas dia dilihat terus menerus ‘mencuba’.

Walaupun ramai orang mengejek atau perli mereka berdua kerana jurang umur tapi Hoa Cương Thu Sao berkata dia sama seperti wanita lain, manusia normal yang berkahwin.

 

Keluar belanja untuk pembedahan plastik

Selepas mereka berkahwin, Hoa Cương Thu Sao dikatakan telah menjalani beberapa pembedahan plastik untuk kelihatan muda ‘setanding’ dengan suaminya yang jauh lebih muda itu.

Antara pembedahan yang dijalaninya termasuklah di bahagian hidung dan kening. Hoa Cương Thu Sao telah membelanjakan lebih 100 million dong (RM17,712.32)  untuk semua pembedahan yang dilakukan.

Surgery6

Surgery10

Surgery

Bagaimanapun, dia berkata tujuan sebenar menjalani pembedahan plastik itu bukanlah kerana dia rasa tidak cukup sempurna untuk suami tetapi kerana mahu kelihatan cantik.

Pasangan ni ada fan page tau! Wow!

Baca: “Terima kasih Ex” – Kecewa Putus Cinta, Gadis Nekad Buat Pembedahan Plastik & Hasilnya Sangat WOW

Vy9

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.