in

“Kita beribu di sini” – Kekurangan Katil di Hospital, Dr Noor Hisham Nasihat Pesakit COVID 19 Tiada Simptom Kuarantin Sendiri Di Rumah

No Beds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti jangkaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini, kes COVID 19 di Malaysia meningkat bagaikan tiada noktahnya apabila hampir setiap hari kita mencatatkan lebih 1,000 kes sehari.


Malah pada minggu lepas juga, sekali lagi kes COVID 19 di negara ini mencecah angka 2,000 iaitu 2,335 pada 26 Disember lepas dengan masing-masing Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan 700 lebih kes. Allahu… 

Bm Kes Positif Negeri Dec26 Mesa De Trabajo 1

Pun begitu, apa yang lagi membimbangkan ialah apabila Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, hospital kini mengalami masalah kekurangan katil akibat peningkatan kes yang mendadak setiap hari.

Menurut Malaysiakini, disebabkan hal tersebut, individu yang disahkan positif COVID 19 tetapi tidak bergejala perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah untuk beberapa hari sebelum dibawa ke hospital. 

 

“Pekerja asing tiada tempat untuk kuarantin… kita ada beribu di sini” 

Ketua Pengarah Kesihatan ini juga berkata, KKM kini sedang menangani peningkatan kes COVID 19 empat kali ganda dalam sehari.

630459

Ia berlaku di Sabah juga, kita bercakap mengenai 1,000 kes sehari.

“Ini kerana peningkatan ujian saringan dalam kalangan pekerja asing dan jangkaan lebih banyak kes akan ada.

“Pekerja asing tiada tempat untuk kuarantin… kita ada beribu di sini. Kita meningkatkan jumlah katil ke 10,000,” katanya.

Perkara ini dijelaskan Dr Noor Hisham susulan aduan daripada seorang pemilik perniagaan yang mendakwa tiga pekerja positif COVID 19 tetapi masih belum dibawa ke hospital untuk merima sebarang rawatan atau dihubungi pihak KKM.

 

“Sehingga kini, KKM masih belum hubungi mereka, tiada gelang pink” 

Isu tersebut katanya bermula apabila salah seorang pekerjanya ke Hospital Sungai Buloh bersama teman lelaki dan ayahnya selepas bapa pekerja tersebut menjadi kontak rapat salah seorang pesakit COVID 19. Lelaki terbabit kemudian disahkan positif wabak tersebut.

Meskipun telah dijanjikan bahawa mereka akan menerima keputusan COVID 19 antara 24 hingga 48 jam, namun dia masih belum mendapatkan keputusannya.

Sampel

Maklum mengenai status pekerjanya, pemilik perniagaan terbabit kemudian meminta 17 orang pekerja lain menjalani tempoh kuarantin kendiri. Dua daripadanya positif COVID 19, manakala yang lain masih menunggu keputusan.

“Dua dari pekerja saya positif. Sehingga kini, KKM masih belum hubungi mereka, tiada gelang pink, tiada apa-apa,” kata peniaga tersebut.

Tambah Dr Noor Hisham, mereka yang sedang menanti masa untuk dibawa ke hospital haruslah sentiasa berhubungan dengan pejabat kesihatan daerah mereka untuk updates lebih lanjut.

Semoga frontliners yang terbabit diberikan kekuatan hadapi semua ini. 

Baca: KKM Jangka 6,000 Kes Positif Dalam Tempoh Seminggu – TS Dr Noor Hisham

Hisham

Sumber: KKM
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.