in

“Kita akur jika keluarga kandung kekal keputusan itu” – Ibu Kandung Adik Amir Bertegas Ingin Kebumikan Anak di Kampungnya

Amir Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera di Taman Krubong Jaya, Jasin dekat Melaka, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, telah dituntut dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka pada hari ini.


Menurut Harian Metro, sumber daripada keluarga angkat kanak-kanak tersebut memberitahu yang keluarga ibu kandungnya bertegas untuk mengebumikan jenazah adik Amir di kampung ibunya. 

1221Amir1 1612148531

Keputusan itu katanya telah dicapai lewat malam tadi antara kedua-dua keluarga.

Kita akur jika pihak keluarga kandung kekal dengan keputusan itu,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke Kampung Simpang Bekoh, Jasin untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Chabau, Jasin, Rosli Ibrahim, memaklumkan van jenazah dari masjid berkenaan akan membantu membawa jenazah untuk dikebumikan.

“Kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar yang terletak kira-kira 100 meter dari kediaman keluarga juga sudah digali semalam selepas diminta oleh keluarga,” katanya.

Jenazah juga akan dibawa ke Surau As-Syakirin, Simpang Bekoh untuk disembahyangkan dan dijangka akan dikebumikan sebelum Zuhur.

Menerusi tinjauan wartawan Harian Metro, kediaman keluarga kandungnya di Taman Kasturi, Simpang Bekoh mendapati rumah tersebut sunyi tanpa kehadiran orang ramai atau saudara mara, namun hanya kedengaran alunan ayat suci Al-Quran dari dalam rumah.

Rumah 1

Proses bedah siasat mangsa katanya bermula jam 11 pagi semalam sebelum selesai pada 10 malam tadi.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan terhadap mangsa termasuk luka baru di kepala.

Semoga urusan pengebumian adik Amir berjalan lancar hari ini. Al fatihah… 

Baca: “Dipukul dengan objek tumpul” – Belum Jumpa Punca Kematian, Polis Temui Luka Di Kepala & Lebam Belakang Badan Amir

Collage

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.