in

Kisah Hidup David Reimer, Lelaki Yang Dibesarkan Sebagai Perempuan Gara-Gara Kesilapan Ketika Bersunat

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tersilap sunat bukanlah satu benda yang baru. Di Malaysia baru-baru ini, seorang lelaki yang kepala zakarnya terpotong 13 tahun lalu telah memperolehi ganti rugi sebanyak RM123,556 berbanding RM3.1 juta yang sepatutnya diperolehi selepas menang kes saman terhadap kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.

Untuk ibu bapa David Reimer mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Disebabkan kesalahan yang berlaku ketika bersunat di usia lapan bulan, mereka membuat keputusan untuk besarkan anak mereka ini sebagai seorang perempuan.


Artikel berkaitan: Zakar Terpotong Ketika Sunat, Keluarga Kecewa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah Beri Ganti Rugi RM3.1 Juta

Artikel berkaitan: John Wojtowicz: Kisah Lelaki Rompak Bank Sebab Nak Bayar Pembedahan Tukar Jantina Kekasih

Masa depan David Reimer ditentukan oleh pakar seksologi, John Money

0 Gd167916.Jpg

David Reimer dilahirkan sebagai Bruce Reimer di Winnipeg, Kanada pada 1965. Dia mempunyai seorang kembar bernama Brian dan merupakan anak sulung kenapa pasangan remaja Janet dan Ron.

Kedua-dua kembar ini dilahirkan sihat, namun ketika berusia lapan bulan, mereka mula menunjukkan tanda-tanda sukar untuk kencing sebelum didiagnos dengan phimosis, satu keadaan di mana kulit kulupnya tak terbuka.

Disebabkan ini, pasangan ini telah membawa anak-anaknya untuk disunat di hospital, namun pembedahan Bruce Reimer telah berakhir dengan keburukan apabila doktor telah menggunakan jarum electrocautery berbanding pisau. Manakala Brian pula telah menjalani prosedur sunat biasa dan phimosis tersebut telah sembuh dengan semulajadi.

Ekoran dari penggunaan jarum tersebut, doktor telah secara tak sengaja menghanguskan zakar Bruce dan kerosakan tersebut tak dapat dibetulkan semula.

Bimbang dengan kecederaan yang dialami oleh anaknya ini, Janet dan Ron telah cuba untuk mencari jalan penyelesaian dan ketika itulah mereka terlihat seorang pakar psikologi, John Money bercakap tentang kerjanya di TV.

Money dianggap sebagai penyelidik yang terkenal di Amerika Syarikat khususnya untuk kanak-kanak interseksual yang tidak menepati definisi tubuh badan wanita atau lelaki.

Janet telah menulis surat kepada Money untuk menerangkan kejadian buruk yang berlaku ke atas anak lelakinya itu. Dalam masa beberapa minggu, pasangan ini telah pun diajak untuk bertemu sendiri dengan Money di Hospital Johns Hopkins di Baltimmore, Maryland.

Money percaya bahawa identiti seseorang itu dipupuk berdasarkan pembinaan sosial dan hasil didikan ibu bapa. Disebabkan ini, dia mencadangkan bahawa seseorang itu boleh diajar untuk menjadi jantina yang lain dari jantina semasa lahir.

Menurut Money, kanak-kanak yang baru lahir merupakan gender neutral sehinggalah mereka berusia dua tahun dan ibu bapa mempunyai masa untuk mempengaruhi jantina anak mereka

Ekoran ini, Money telah mencadangkan agar ibu bapa Bruce Reimer untuk menukar jantina anak lelaki mereka dengan membuang keseluruhan zakar anaknya dan gantikan dengan faraj prostetik. Kemudian dia akan dibesarkan sebagai seorang perempuan dan tak diberitahu tentang identiti asalnya itu.

Janet dan Ron bersetuju dengan prosedur tersebut dan peralihannya ke jantina baru bermula tak lama sebelum hari lahir keduanya pada tahun 1967.

Bagi Money, situasi ini memberikan dia peluang untuk menyiasat teorinya tentang identiti jantina. Namun nasihatnya ini malangnya telah menyebabkan kehidupan bayi ini bertukar menjadi tragedi.

Kehidupan David Reimer sebagai seorang wanita dan kebenaran yang mengejutkan

72523121 0 Image A 89 1687738367331

Atas cadangan dari John Money, Bruce Reimer telah memulakan kehidupannya sebagai Brenda Reimer.

Selain membuat pembedahan menukar jantina, dia juga turut diberikan suplemen estrogen untuk membantu tubuh badannya menjadi feminin. Keluarga Reimer juga turut kembali ke pejabat Money setiap tahun supaya doktor ini boleh memantau pembesaran Brian dan Brenda sebagai. Kajian radikal ini dikenali sebagai kes John/Joan.

Ketika pemantauan ini, Money perhatikan Brenda lebih kemas berbanding kembarnya Brian. Selain itu, Brenda juga lebih degil dan mempunyai personaliti yang lebih dominan di mana dia telah anggap perkara tersebut hanyalah sebahagian daripada sikap tomboy.

Ketika kembar ini berusia sembilan tahun pada 1975, Money telah mengeluarkan kajiannya di dalam buku yang dinamakan sebagai Sexual Signatures di mana dia telah menggambarkan penukaran jantina ini sebagai satu kejayaan.

Kanak-kanak perempuan ini telah pun gemar memakai seluar dan suka memakai reben di kepala, gelang dan pakaian berhias serta suka menjadi anak kesayangan bapanya. Sepanjang kehidupan kanak-kanaknya, kedegilan dan tenaga fizikal yang dia kongsikan dengan kembarnya telah berkembang bebas dan menjadikan dia perempuan tomboy, namun begitu tetap seorang perempuan.”

Namun itu bukanlah kebenarannya, Reimer mengatakan bahawa dia tertekan sepanjang kehidupannya sebagai kanak-kanak.

Saya tak boleh nak sesuaikan diri. Saya gemar membina kubu, bergaduh dan memanjat pokok, tapi perkara-perkara ini sangat tidak diterima bagi seorang perempuan.”

Tak cukup dengan itu, lawatan ke pejabat Money juga merupakan pengalaman yang traumatik untuknya. Dia telah ditunjukkan gambar-gambar bogel orang dewasa bagi mengukuhkan lagi identiti Brenda dan dipaksa untuk menjalani lebih banyak pembedahan untuk menjadikan dia lebih feminin.

Kedua-dua kembar ini kemudiannya menuduh Money telah memaksa mereka untuk bergaya dalam pelbagai posisi seksual yang menurut Money hanyalah satu elemen untuk teorinya yang melibatkan latihan seksual.

Di sekolah pula, lelaki ini sering diejek oleh rakan-rakan sebayanya kerana cara jalannya yang maskulin dan kencing berdiri di tandas perempuan. Apabila dia mengadu tentang perasaanya seperti lelaki, ibu bapa dan orang dewasa lain hanya meyakinkan dia yang dia sedang melalui satu fasa dalam kehidupannya.

Rahsia Reimer telah meninggalkan kesan yang besar untuk keluarga ini. Bapanya, Ron telah menjadi seorang kaki botol dan ibunya pernah cuba untuk membunuh diri, manakala kembarnya Brian telah mengambil bahan-bahan terlarang dan terlibat dengan jenayah-jenayah kecil.

Ketika kembar ini meningkat remaja, doktor-doktor lain telah meyakinkan ibu bapa ini untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak-anaknya. Selepas menjemput Brenda dari temujanji bersama pakar psikologi pada tahun 1980, Ron telah membawa anak-anaknya ke kedai aiskrim dan memberitahu perkara sebenar.

Akhirnya semua benda yang saya rasa masuk akal, saya bukan orang yang pelik. Saya tak gila.”

Kehidupan David Reimer yang berakhir dengan tragik

Selepas mengetahui perkara sebenar, Brenda telah memilih untuk hidup sebagai seorang lelaki dan menukar namanya ke David.

Dia telah menjalani beberapa pembedahan untuk mendapatkan semua jantina asalnya termasuk membuang buah dadanya yang tumbuh selepas bertahun-tahun mengambil estrogen dan memasang zakar palsu untuk menggantikan farajnya serta mengambil suplemen testosteron.

Namun begitu, tekanan yang dirasainya telah memberi kesan terhadap mentalnya. Ketika di awal usia 20-an, Reimer telah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali dan sangat-sangat tertekan selama bertahun-tahun.

Walaupun mengalami penderitaan yang mendalam, David sempat menemui cinta dan berkahwin dengan seorang wanita bernama Jane. Mereka bersama selama 14 tahun dan menjadi bapa tiri kepada tiga orang anak wanita tersebut serta turut mempunyai hobi seperti berkhemah, memancing, mengumpul barang antik dan duit syiling lama.

David Reimer And His Wife Jane

David kemudiannya telah bekerjasama dengan pakar seksologi kedua bernama Milton Diamond dengan jangkaan bahawa pengalamannya boleh menghalang pakar lain dari membuat keputusan yang sama untuk bayi-bayi lain.

Diamond telah mengkritik kajiann Money ekoran bukti yang tidak mencukupi dan bekerjasama dengan David bagi menafikan teori Money bahawa identiti seseorang itu boleh dipupuk dan diajar.

Pada tahun 1997, David mula bercakap secara umum tentang pengalamannya dan kajian Diamond telah dikeluarkan sehingga pembedahan menukar jantina bayi telah diharamkan di mana dulu ia dianggap sebagai satu “pembetulan” jantina.

Namun kejayaan ini tidak dapat memulihkan mental David terhadap zaman kanak-kanaknya. Pada tahun 2004, dua tahun selepas kembarnya meninggal dunia kerana overdose dadah, David Reimer telah membunuh diri.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.