in

Zakar Terpotong Ketika Sunat, Keluarga Kecewa Kerajaan Rayu Keputusan Mahkamah Beri Ganti Rugi RM3.1 Juta

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan kita dah dikurniakan dengan anak yang sempurna tapi akibat kecuaian pihak lain, anak terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup.

Ini apa yang berlaku kepada satu keluarga 12 tahun lalu apabila keseluruhan kepala zakar anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun ketika itu terpotong dan penyambungan semula tidak dibuat mengikut prosedur yang betul.


Ekoran ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan ganti rugi sebanyak RM3.1 juta dibayar kepada keluarga malang ini.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 19 Julai 2018, plaintif mendakwa anaknya itu telah dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan untuk menyambungkan semula kepala zakar dengan penutup getah.

1614780341

Namun begitu, 35 hari kemudian mereka mendapati kepala alat sulit anaknya tidak lagi pada batang zakar kerana kecuaian hospital dan beberapa pegawai perubatan yang gagal mengambil langkah pantas untuk menyelamatkan zakar.

Daripada bertindak untuk menghantar mangsa ke Hospital Selayang dengan cepat, defendan pertama yang merupakan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lipis menghabiskan masa dengan melakukan perkara remeh-temeh.

“Keterangan saksi plaintif dan defendan turut menunjukkan bahawa prosedur yang sepatutnya dilakukan ialah bukannya menyambung semula kepala zakar yang terputus tetapi memelihara kepala zakar terbabit. Penyambungan kepala zakar itu hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah mikro.

“Hospital Selayang pula walaupun telah dimaklumkan mengenai pemindahan mangsa ke hospital itu, tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk melakukan pembedahan. Keterangan saksi juga menunjukkan terdapat kelewatan dalam melakukan pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan lebih 10 jam selepas kejadian malang itu berlaku.”

Keluarga kecewa kerajaan nak rayu keputusan mahkamah

Fmt Kl High Court Building 0123 672X420 1

Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir telah memerintahkan semua defendan membayar mangsa ganti rugi sebanyak RM3.1 juta selepas memutuskan mereka melakukan kecuaian, pihak kerajaan telah memfailkan rayuan pada 27 April lalu terhadap keputusan ini.

Ekoran ini, keluarga malang ini telah meluahkan kekecewaan mereka dengan tindakan kerajaan yang mahu merayu pembayaran ganti rugi tersebut.

Menurut Zainuddin Abu Bakar peguam yang mewakili keluarga itu, anak guamnya berang dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah menafikan keadilan terhadap mangsa yang kini sudah pun berusia 22 tahun, lapor FMT.

“Dia baru berusia 10 tahun ketika kejadian itu. Dia hidup dalam kemurungan kerana pengalaman pahit itu, dan pengumuman terbaru ini membuatnya lebih sedih.

“Emosinya tidak stabil sekarang.”

Malah menurut ibu mangsa, anaknya itu telah pun mengalami kecacatan kekal dan bertukar menjadi seorang pendiam akibat kecuaian tersebut.

Harapnya kerajaan boleh consider untuk bayar je ganti rugi yang ditetapkan. Sekurang-kurangnya pihak yang cuai tu boleh lebih berhati-hati lepas ni. Kesian betul… 

 

Baca: Lagi Kes ‘TERPOTONG’ Kepala Zakar : Kanak-Kanak Trauma, Menyesal Bersunat

Screenshot 2022 07 15 At 11.18.50 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.