Kisah Disebalik 35 Foto ‘Rare’ Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Ini Akan Buat Korang Sebak

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin ramai yang tak tahu ataupun sudah terlupa. Pada 8 Februari lepas, genaplah 116 tahun umur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Bapa Kemerdekaan Malaysia jika beliau masih hidup lagi hingga kini.

Sebagaimana ramai yang tahu, Tunku adalah tokoh negarawan yang disanjung tinggi atas usahanya memerdekakan negara ini. Namun disebalik imej ahli politik dan peguam yang berwibawa, ada banyak sisi Tunku yang kita masih tidak ketahui.

Berikut 35 foto ‘rare’ yang dikongsikan Mathis Sarawanan di Twitter bersama kisah menarik mengenai kehidupan Perdana Menteri pertama Malaysia ini. 

 

Bukan saja seorang peguam, Tunku juga rupanya seorang ahli sukan yang aktif? 

Menerima ijazah undang-undang di Cambridge, Tunku rupanya seorang ahli sukan yang aktif. Ini antara gambar Tunku semasa terlibat dalam sesi sparring dan team bola sepak di Penang dan London dulu. Hebat kan? 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

Mula terlibat dengan politik sejak 1927, Tunku segak berkot dan baju Melayu

Sumber: Twitter

 

Tunku menuju kemerdekaan Malaya

Sumber: Twitter

All great people in one picture! Ada Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan ahli-ahli kabinet yang lain.

 

Tunku bersama musuh dan rakan seperjuangan

Chin Peng, Lee Kuan Yew dan King Faisal of Saudi antara figura hitam putih dalam dunia politik Perdana Menteri pertama Malaysia ini.

Sumber: Twitter

 

Tunku akhirnya meninggalkan UMNO dan bersara 

Perjalanan dunia politik Tunku ternyata bukannya mudah. Selepas bersara, Tunku dilantik sebagai Secretary General OIC dan melibatkan diri dengan PERKIM. Beliau juga mendapat anugerah dari London.

Sumber: Twitter

 

Momen terindah Tunku sepanjang hayatnya

Sumber: Twitter

 

Hubungan unik Tunku dan Tun Dr Mahathir Mohamad

Bagi mereka yang cakna sejarah, korang mesti tahu tentang kisah hubungan Tunku dan Tun M yang dulu dikatakan ‘tak sebulu’. Tun M banyak mengkritik Tunku sehingga menghantar surat untuk menyatakan kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri ini.

Namun dihujung hayat Bapa Kemerdekaan ini, Tun M ada melawatnya beberapa kali. Sebak melihat gambar-gambar mereka. 

Sumber: Twitter

 

Tunku Abdul Rahman meninggal dunia, tinggalkan wasiat yang tak disangka-sangka

Akhirnya pada 6 Disember 1990, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke rahmatullah selepas sakit beberapa ketika. Kematiannya meninggalkan kesedihan yang mendalam pada rakyat Malaysia.

Jenazahnya juga sempat diiringi Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Sultan Perak sekarang, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa di Sungai Besi Air Force Base.

Sumber: Twitter

Ini pula wasiat Tunku tentang di mana jasadnya disemadikan. Bacalah satu persatu kata-kata dari Tunku ini. Amat terkesan di hati.

Sumber: Twitter

Al fatihah Tunku. Jasamu dikenang selalu.

Sumber: Twitter

Tetiba berkaca pula mata admin lepas baca kisah tentang Tunku ni. 

Baca: 5 Tokoh Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Konflik Semasa Pemerintahan Mereka

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!