in

Kisah Bandar Terbengkalai Centralia Yang Terbakar Sejak Enam Dekad Lalu

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah bandar bernama Centralia yang terletak di Pennsylvania pernah mempunyai 14 lombong batu arang aktif dan penduduk seramai 2,500 pada awal kurun ke-20. Namun begitu, pada tahun 1960, zaman kegemilangannya telah berlalu dan kebanyakan lombongnya telah terbengkalai.

Pun begitu, seramai lebih 1,000 orang masih tinggal di sana sehinggalah berlakunya satu kebakaran lombong batu arang pad 1962. Kebakaran yang bermula di sebuah tapak pelupusan sampah itu telah merebak ke terowong arang yang digali oleh pelombong sedalam ribuan kaki bawah tanah.


Malangnya, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memadam kebakaran tersebut, api tersebut masih terbakar sehingga ke hari ini…

Pada tahun 1980, Pennsylvania telah mengarahkan semua orang untuk keluar dari bandar tersebut dan musnahkan bangunan-bangunan di sana dan membatalkan poskodnya. Kini, hanya enam rumah yang tinggal di sana dan didiami oleh orang-orang terakhir yang masih mahu menetap di sana.

Namun begitu, api di bawah permukaan tanah terus menyala dan mengeluarkan asap beracun ke udara melalui celah-celah retakan tanah yang bila-bila masa sahaja boleh runtuh.

Artikel berkaitan: 5 Bandar Terbiar Menyeramkan Di Seluruh Dunia & Sejarah Disebaliknya

Artikel berkaitan: Misteri Ketukan Pintu Di Negeri Sembilan, Penduduk Dakwa Ternampak Lembaga Hitam

Kebakaran yang bermula di pusat pelupusan sampah

Centralia Pennsylvania

Pada Mei 1962, majlis bandaran Centralia, Pennsylvania telah datang untuk berbincang mengenai tempat pelupusan sampah baru bersama penduduk-penduduk di sana.

Awal tahun itu, Centralia telah membina satu terowong sedalam 50 kaki dengan kebesaran sebanyak separuh padang bola untuk mengatasi masalah pembuangan haram di sana. Pun begitu, tempat pelupusan sampah tersebut semakin penuh dan perlu dibersihkan sebelum menyambut Hari Peringatan bandar itu yang diadakan setiap tahun.

Ketika mesyuarat tersebut, ahli majlis bandaran telah memberi cadangan yang mudah iaitu dengan membakar kawasan pelupusan sampah tersebut.

Pada awalnya, rancangan tersebut dilihat berjaya dengan pihak bomba telah menghalang lubang tersebut dengan satu bahan kalis api bagi mengawal pembakaran tersebut. Kemudian, pada malam 27 Mei 1962, api mula dinyalakan dan segala sampah sarap di sana telah terbakar dan menjadi abu manakala lebihan bara api telah dipadamkan dengan air.

Pun begitu, dua hari kemudian, penduduk telah melihat lagi api dari sana dan seminggu kemudian pada 4 June, pihak bomba di Centralia terkejut apabila masih ada lagi kebakaran tapi tak tahu dari mana api tersebut datang.

Disebabkan ini, mereka telah menggunakan bulldozer untuk melihat di bawah serpihan-serpihan sampah yang dah terbakar untuk mencari punca kebakaran tersebut dan akhirnya menemui penyebabnya.

Api merebak berbatu-batu jauh melalui lombong arang batu

Centralia Pa Smoke Vent 768X513 1

Di bawah lubang sampah Centralia, sebelah dinding bahagian utara, terdapat satu lubang sebesar 15 kaki dan sedalam beberapa kaki. Kerana sampah begitu banyak, lubang tersebut telah tertutup sehingga menyebabkan pihak bomba tidak dapat memenuhi lubang tersebut dengan bahan kalis api.

Lebih memburukkan keadaan, lubang tersebut telah memberikan laluan terus kepada labirin lombong lama arang batu tempat Centralia dibina.

Tak lama kemudian, penduduk mula mengadu tentang bau busuk yang telah memasuki kawasan rumah dan kedai mereka dan ketulan asap yang keluar dari dalam tanah di kawasan pelupusan sampah.

Majlis bandaran kemudiannya telah membawa pemeriksa lombong untuk memeriksa asap tersebut dan mendapati kadar karbon monoksida di dalamnya menunjukkan yang ia adalah api dari lombong.

Ekoran ini, satu surat telah dihantar ke Lehigh Valley Coal Company (LVCC) mengatakan terdapat api dari sumber yang tak diketahui sedang terbakar di bawah bandar mereka.

Majlis bandaran, LVCC dan syarikat yang memiliki lombong arang di sana telah berjumpa untuk berbincang cara memadamkan api tersebut dengan cepat dan tak memakan kos yang banyak. Tapi belum sempat keputusan dibuat, sensor telah mengesan tahap karbon monoksida bahaya yang telah masuk dari lombong dan semua kawasan lombong perlu ditutup dengan segera.

Api di Centralia gagal dipadamkan

Centralia Pa Route 61 Burning 768X512 1

Komanwel Pennsylvania telah cuba beberapa kali untuk menghentikan api dari merebak di Centralia namun usaha mereka sering menemui kegagalan.

Api di sana makin merebak dan selepas pelbagai usaha telah dicuba, api di sana telah pun merebak sejauh 700 kaki.

Namun begitu, keadaan ini tidak menghalang penduduk di sana untuk menjalani kehidupan harian mereka. Pada tahun 1980-an, jumlah penduduk di sana masih sekitar 1,000 orang dan mereka gemar menanam tomato pada waktu musim sejuk dan tak perlu menyodok jalan ketika salji.

Pada tahun 2005, Lamar Mervine, bekas datuk bandar Centralia mengatakan, penduduk-penduduk di sana mula membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

Kenapa masih ada orang yang masih tinggal di Centralia?

Lamar Mervine Centralia Pa Mayor 768X506 1

Dua puluh tahun selepas kebakaran tersebut bermula, penduduk di sana mula merasai kesan kebakaran berpanjangan itu apabila beberapa orang mula pengsan di dalam rumah mereka disebabkan oleh keracunan karbon monoksida.

Tak cukup dengan itu, pokok-pokok di sana juga mula mati dan tanah dan bertukar menjadi abu dan jalan-jalan di sana pula mula merekah.

Lebih menakutkan, pada 14 Februari 1981, satu lubang besar tiba-tiba muncul di bawah kaki Todd Domboski. Tanah tersebut memang sangat panas dan lubang itu mempunyai kedalam 150 kaki. Todd sempat terselamat apabila dia dapat berpaut pada akar pokok sebelum sepupunya tiba untuk menyelamatkannya.

Pada tahun 1983, Pennsylvania telah mengeluarkan perbelanjaan lebih US$7 juta dalam usaha untuk memadamkan api namun tak berjaya. Seorang kanak-kanak hampir mati. Mereka dapati, telah tiba masanya untuk tinggalkan bandar tersebut.

Pada tahun itu, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak US$42 juta untuk membeli Centralia dan memusnahkan bangunan-bangunan di sana dan memindahkan penduduknya.

Tapi tak semuanya mahu berpindah keluar. Sepuluh tahun seterusnya, mula berlaku perdebatan di mahkamah dan pergaduhan di antara jiran. Malah, surat khabar tempatan turut mengeluarkan senarai mingguan tentang siapa yang telah meninggalkan bandar tersebut.

Akhirnya, Pennsylvania telah menggunakan perintah untuk menyita bandar tersebut pada tahun 1993 di mana hanya ada 63 penduduk yang tinggal di sana. Secara rasmi, mereka di sana telah duduk di rumah yang dimiliki oleh mereka selama berdekad-dekad tanpa izin.

Namun begitu, bandar tersebut masih lagi hidup dan ada majlis bandaran dan datuk bandar serta membayar bil yang sepatutnya dibayar. Selama lebih dua dekad kemudian, penduduk telah berjuang untuk tinggal di sana secara sah.

Pada tahun 2013, penduduk yang tinggal dah mula kurang dari 10 dan menang pampasan terhadap kerajaan negeri. Setiap dari mereka telah diberikan US$349,500 dan pemilikan harta dan aset mereka sehingga meninggal dunia, kemudian pada ketika itu, Pennsylvania akan menyita tanah mereka dan meruntuhkan bangunan yang masih ada.

Sekarang, kurang dari lima orang masih tinggal di Centralia dan pakar menganggarkan terdapat cukup arang di bawah tanah untuk terus terbakar selama 250 tahun akan datang.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.