in

Kilang Kossan Ditutup Lepas Kesan Penambahan 563 Kes Positif Covid-19 Di Kalangan Pekerja

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kossan Rubber Industries Bhd baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk menutup kilang yang terkesan sehingga 30 Disember ini selepas terdapat 563 lagi pekerjanya disahkan positif Covid-19.


Pengeluar sarung tangan getah ini mengatakan, seramai 7,000 pekerjanya telah disaring selepas mereka mengesan 427 kes positif di salah satu premis kilangnya pada 16 Disember lalu.

Menurut Bernama, pekerja-pekerja di premis-premis yang terkesan telah pun dihantar untuk disaring semula.

Topglove 1594626265 1

Sebanyak 563 kes positif dikesan pada 21 Disember setelah saringan semula dijalankan. Berikutan usaha berterusan bagi mengurangkan, membendung dan mencegah penularan pandemik, premis kilang terjejas akan ditutup sehingga 30 Disember 2020.”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kossan, mereka turut memberitahu yang pihaknya memandang isu ini dengan serius.

Kami memandang serius situasi pandemik dan kesihatan awam dan akan memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang berkepentingan.”

Sejak saringan terhadap pekerja asing dijalankan, kes positif Covid-19 telah berterusan meningkat dan Selangor tetap menjadi negeri dengan kes tertinggi dengan catatan sebanyak 1,014 kes semalam iaitu sebanyak 73% dari keseluruhan kes positif baharu semalam.

 

Baca: 116 Pekerja Positif Covid-19, Kilang Panasonic Shah Alam Ditutup Sehingga Rabu

Screenshot 2020 12 23 At 11.34.31 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.