in

116 Pekerja Positif Covid-19, Kilang Panasonic Shah Alam Ditutup Sehingga Rabu

Shahalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Panasonic  sahkan 116 pekerja di dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti Covid-19. Atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Panasonic tutup fasiliti bermula hari ini hingga Rabu untuk kerja-kerja disinfeksi.


Menerusi kenyataan Panasonic hari ini, syarikat itu telah menjalani ujian saringan kepada 2,137 orang pekerja.

Hasil mendapati seramai 116 orang pekerja disahkkan positif Covid-19. Disebabkan itu, Panasonic memutuskan untuk menutup kilangnya dari hari ini (21/12/2020) hingga 22 Disember ini untuk membolehkan pakar pembasmian kuman menjalankan tugas mereka.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pekerja serta komuniti kami adalah keutamaan kami untuk mengatasi keadaan. Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard pencegahan (SOP) Covid-19 secara ketat,” kata Panasonic.

Panasonic juga mengatakan bahawa latihan pembasmian kuman telah dilakukan secara berkala di premis kilang dan tempat tinggal pekerja, dengan semua langkah pencegahan yang diperlukan dengan ketat.

Lapor The Edge, pada masa penulisan hari ini, harga saham Panasonic adalah empat sen atau 0.32% lebih rendah pada RM31.50, menjadikan permodalan pasaran syarikat menjadi sekitar RM1.92 bilion.

 

Baca : “Saya buat perkara betul” -Pekerja Top Glove Kongsi Kisah Dipecat, Lapor Kilang Tak Ikut SOP Hingga Cetus Kluster Teratai

Topglove

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.