in

Banyak Rupanya Khasiat Halia! Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan, Redakan Senggugut!

Khasiat Halia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak, ada banyak khasiat halia untuk kesihatan, terutamanya untuk perut? Rupanya, ada hikmah di sebalik amalan orang tua-tua yang gemar makan halia ini. Rupanya, ia boleh membawa banyak manfaat.

Halia merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, halia juga mempunyai sejenis komponen yang dikenali sebagai ‘gingerol‘ yang dapat meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.


Menurut pakar, pengambilan halia dapat memudahkan pengamalnya membuang air besar. Jadi, sesiapa yang sering alami sembelit, boleh cuba makan halia!

Tetapi, ada banyak lagi manfaat halia yang lain yang mungkin korang tak tahu. Nak tahu apa? Jom, teruskan pembacaan!

1. Khasiat halia untuk mengurangkan loya

Khasiat Halia

Halia dapat mengurangkan rasa loya, terutamanya dalam kalangan pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi dan juga wanita mengandung.

Bagi wanita hamil yang inginkan kelegaan pantas tanpa bantuan sebarang ubat-ubatan, bolehlah cuba minum teh halia untuk mengurangkan ‘morning sickness‘.

Bagaimanapun, sebelum mengambil apa-apa jenis makanan, ibu hamil perlu rujuk doktor terlebih dahulu ya!

2. Mungkin dapat bantu kurangkan berat badan

Menurut kajian, pengambilan halia mungkin dapat membantu kita menurunkan berat badan.

Salah satu manfaat halia ialah ia dapat mengurangkan inflamasi yang berlaku pada badan.

Pengambilan halia bukan sahaja dapat bantu turunkan berat badan, ia juga boleh buatkan pengamalnya jadi langsing!

3. Dapat membantu penghidap osteoarthritis

Osteoarthritis merupakan satu kondisi yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan di kawasan sendi sehingga sukar untuk bergerak.

Menurut sebuah kajian, pengambilan halia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan memudahkan pergerakan pesakit osteoarthritis.

Halia mengandungi hampir 400 jenis komponen berbeza. Ada diantaranya mempunyai sifat anti inflamasi yang dapat membantu penghidap arthritis atau inflamasi pernafasan.

Artikel berkaitan: Kenapa Penting Jaga Kesihatan Mulut? Ini Perkara Yang Korang Patut Tahu

4. Khasiat halia dapat bantu kurangkan sembelit

Selalu sakit perut? Minumlah teh halia!

Antara khasiat halia yang selalu disebut-sebut orang tua ialah kelebihannya untuk membantu melancarkan pembuangan air besar.

Pengambilan halia didapati dapat mengurangkan masalah kembung perut, loya dan sendawa, terutamanya dalam kalangan mereka yang sering alami ketidakselesaan selepas makan.

5. Boleh kurangkan sakit senggugut

Khasiat Halia

Halia juga mungkin dapat mengurangkan senggugut, juga dikenali sebagai dysmenorrhea.

Malah, ada kajian yang membuktikan ia mungkin lebih efektif berbanding ubat tahan sakit kepada sesetengah individu.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan dan khasiat halia untuk mengurangkan senggugut.

Artikel berkaitan: Nak Sihat Atau Mengejar Trend Semata-Mata? Penggemar Kopi, Ini 8 Manfaat Kopi Terhadap Kesihatan!

Ada kesan sampingan ke?

Kebanyakan orang yang mengambil halia tidak mengalami sebarang kesan sampingan sekiranya ia tidak diambil secara berlebihan.

Bagaimanapun, jika diambil terlalu banyak, ia mungkin boleh menyebabkan risiko pendarahan, terutamanya dalam kalangan pesakit yang mengambil ubat-ubatan pencair darah seperti warfarin atau aspirin.

Selain itu, pengambilan yang berlebihan juga mungkin mempengaruhi penghasilan insulin dan boleh menyebabkan kadar gula dalam darah rendah.

Bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya.

Apa-apapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya ingin mengambil suplemen halia.

Jangan lupa, semua jenis makanan perlu diambil secara bersederhana walaupun ia boleh membawa manfaat terhadap kesihatan.

Sumber: Hopkins Medicine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.