in

“Doa saya cium di batu hajarul aswad dimakbulkan” – Pempengaruh Fatin Nabila Kembali Bergelar Isteri

Ft Fatin Nabila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka tahun 2026 ini menjadi tahun yang bermakna buat pempengaruh Fatin Nabila, dia kini telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan.

Menerusi Instagram miliknya, Fatin Nabila meluahkan rasa syukur kerana doanya semasa berada di tahah suci telah dimakbulkan.


Artikel berkaitan: “1.1.2025 terima lafaz cerai” – Pempengaruh Fatin Nabila Kongsi Dugaan Besar Sepanjang Tahun Ini

Artikel berkaitan: “Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung

Tunang bulan 4, kahwin bulan 6

Screenshot 2026 06 16 114435

“Antara doa saya cium di batu hajarul aswad September tahun lepas dimakbulkan Allah SWT. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.”

Screenshot 2026 06 16 114459

Menurut Fatin, kisahnya bermula apabila suaminya sudah memasang niat untuk berjumpa dengan ibunya pada bulan Ramadan lepas. Selepas itu, Fatin terus menunaikan umrah dan terus membuat ikatan pertunangan pada bulan April lalu.

“Tak tahu bagaimana percaturan Tuhan, bulan Jun bernikah. Allah Maha Baik dalam setiap perancangannya.”

Img 4973

Sebelum ini perkongsian daripada Fatin Nabila telah mengejutkan orang ramai apabila pempengaruh ini mendedahkan yang dia telah bercerai pada awal tahun lepas.

Pada tahun yang sama, Fatin juga menceritakan bahawa awal tahun 2025 dia juga telah mangalami kerugian lebih daripada RM 400,000 dan bermacam-macam lagi termasuklah mengalami trauma selama 6 bulan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.