Smileway

Sebut tentang penjagaan kesihatan, ramai terlepas pandang dan mengabaikan betapa pentingnya kebersihan mulut. 

Pun begitu, kajian terkini mendedahkan kaitan yang signifikan antara kesihatan mulut dan kesejahteraan keseluruhan badan. Lebih daripada senyuman yang menawan, mulut kita memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai aspek kesihatan secara keseluruhan. 

Pertamanya, mulut kita berfungsi sebagai pintu masuk dalam badan dan kebersihan mulut yang tidak dijaga boleh membuka jalan kepada penyakit sistemik. Antaranya, penyakit gusi, diabetes, jangkitan pernafasan dan juga kesan buruk kehamilan. 

Img 7714

Selain itu, keradangan dan bakteria daripada jangkitan mulut boleh memasuki aliran darah dan memacu keradaangan di bahagian lain pada badan dan menyumbang kepada perkembangan keadaan-keadaan ini. 

Jangkitan mulut seperti penyakit gusi juga boleh menyebabkan keradangan kronik dalam badan yang mana merupakan faktor asas umum dalam pelbagai penyakit kronik termasuk artritis, kanser tertentu dan juga Alzheimer. 

Sekiranya kesihatan mulut dijaga dengan baik, keradangn kronik dan risiko kesihatan yang berkaitan dapat dikurangkan. 

Pexels Andrea Piacquadio 789822

Kesihatan mulut juga boleh mempengaruhi gangguan pencernaan. Masalah seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi boleh menghalang kunyahan dan pencernaan yang baik. Ini akan menyebabkan masalah gastrointestinal. 

Lebih membimbangkan, kesihatan mulut yang buruk juga dikaitkan dengan keadaan seperti sindrom usus iritabil (IBS) dan ulter gastrik. 

Dalam pada itu, kesihatan mulut juga berkait rapat dengan kesihatan pernafasan. Ini kerana, bakteria dan jangkitan dari rongga mulut boleh berpotensi untuk bergerak ke paru-paru, menyumbang kepada keadaan pernafasan seperti pneumonia dan penyakit paru-paru obstuktif kronik (COPD). 

Surg 768X576 1

Oleh itu, memberi keutamaan kepada kebersihan serta kesihatan mulut yang baik dapat mengurangkan pelbagai risiko jangkitan pernafasan serta paru-paru yang lebih sihat.  

Selain itu, kesan kesihatan mulut juga melibatkan kesejahteraan mental. Masalah gigi seperti kehilangan gigi, nafas berbau dan sakit mulut boleh menyebabkan perasaan rendah diri, kecemasan sosial bahkan kemurungan. 


Artikel di atas ditulis oleh Dr. Jow Low yang memimpin Klinik Pergigian Smileway di Subang Jaya.

Picture1

Dr.Jon Low, Doktor Stomatologi

Dr. Jon komited untuk sentiasa memperbaiki dirinya dan orang lain. Beliau telah menyelesaikan kursus Implan Gigi selama dua tahun dan menghadiri beberapa kursus tentang Kosmetik dan Estetika Gigi. Beliau memberi tumpuan dalam amalan kosmetik, estetika, dan pergigian implan, dan sedang bergerak ke arah pendekatan pergigian holistik yang menekankan hubungan antara kesihatan mulut dan kesihatan keseluruhan, mengelak atau meminimumkan penggunaan bahan yang berpotensi berbahaya dan berusaha menggunakan bahan yang lebih selaras dengan tubuh.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat Dr. Jon, beliau berkhidmat di Klinik Pergigian Smileway yang terletak di No.77 (Tingkat 1), Jalan USJ21/10, USJ21, 47620 Subang Jaya, Selangor.