Dalam fasa pandemik akibat virus Covid-19 ramai golongan yang terjejas sebab tidak dapat bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah, golongan gelandangan juga turut mendapat kesan impak daripada pandemik ini.
Hal ini disebabkan mungkin kekurangan orang yang memberi sumbangan atau menghulurkan bantuan kepada mereka disebabkan arahan daripada kerajaan untuk kekal berada di di rumah dan kurangkan pergerakan.
Namun, ada situasi yang cukup memberikan inspirasi kepada semua orang yang dikongsikan di Twitter menerusi akaun @syarazidlee dimana dia yang bekerja sebagai rider FoodPanda memberi makanan yang customer cancel order kepada beberapa gelandangan di sekitar Muar, Johor bersama dengan rakannya.
Alhamdulillah dapat lah share kan sikit makanan cancel tadi dkt gelandangan. Kesian diorang wei tak tahu nk makan apa.
Happy senyum tak berhenti ckp terima kasih lepas dpt kfc aku bagi. Alhamdulillah semoga negara kita semua dijauhkan covid-19 dan dipermudahkann segalanya. pic.twitter.com/FJfFqa9rvD
— boh (@syarazidlee) March 29, 2020
“Alhamdulillah dapat lah share kan sikit makanan cancel tadi dekat gelandangan”
Selepas gelandangan itu menerima makanan daripada rider tersebut, ucapan terima kasih tidak berhenti diucapkan daripada mereka. Kelihatan riak wajah mereka happy sebab dapat makanan.
“Happy senyum tak berhenti cakap terima kasih lepas dapat kfc aku bagi.”
Warganet juga turut memuji tindakan rider ni dengan sikap prihatinnya kepada gelandangan.
Dia punya seronok dapat makan tu Allah je tahu
Moga makin tambah rezeki
Teruskan berbuat baik!
Terima kasih abang FoodPanda!